Ahli PasMa Layak Tanding Pemilihan PAS...Pulak Doh

KUALA LUMPUR: PAS tidak menghalang ahlinya yang menyertai Pertubuhan Ummah SejahteraMalaysia (PasMa) untuk merebut jawatan pimpinan tertinggi pada pemilihan parti itu, Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi berkata pendirian tersebut akan kekal sehingga satu arahan terbaharu mengenainya dikeluarkan nanti.

“Sehingga hari ini, tiada sekatan, sama ada ahli Abim ke Ikram ke, peraturan (parti) tidak halang ahli badan bukan kerajaan (NGO) untuk jadi calon.

“Ahli PAS bebas jadi mana-mana ahli NGO. Sekiranya memenuhi syarat maka mereka layak jadi calon,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, Selasa.

Terdahulu Majlis Syura Ulama PAS mahu ahli PAS menjauhi PasMa sebuah NGO yang ditubuhkan oleh pemimpin PAS kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Pengkalan Kundur, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Setiausahanya, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, pihaknya memantau segala tindak tanduk yang dilihat boleh memecahbelahkan ahli-ahli PAS termasuk Pasma.

Pemilihan PAS Pusat akan diadakan bersempena Muktamar PAS Ke-61 pada Jun ini.

Senarai pencalonan bagi jawatan pimpinan tertinggi parti perlu dihantar ke pejabat sekretariat pemilihan selewat-lewatnya pada pukul 5 petang, 30 April.

-mStar

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana