Video ibu buta dapat lihat bayinya kali pertama jadi viral

WASHINGTON: Sebuah video yang menunjukkan seorang ibu cacat penglihatan di Kanada melihat bayi yang baru dilahirkan untuk pertama kali menggunakan cermin mata khas, telah menjadi viral di internet.

Dalam video berkenaan, si ibu, Kathy Beitz, 29, begitu teruja kerana dapat melihat bayi lelakinya yang baru lahir dengan bantuan set cermin mata berteknologi tinggi, eSight.

"Untuk bayi pertama yang saya benar-benar dapat melihatnya, saya berasa sangat terharu," kata Beitz.

Beitz mempunyai sejenis penyakit yang dikenali sebagai Stargardt.

Menerusi bantuan cermin mata khas itu, imej-imej yang dipertingkatkan membolehkan orang-orang yang tidak buta sepenuhnya untuk melihat dunia di sekeliling mereka.

"Dia melahirkan bayi ini dan dia mahu melihatnya serta-merta," kata kakak Beitz, Yvonne Felix yang menyiarkan video itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana