TARIKH KERAMAT BAGI ANWAR...KE SUNGAI BULUH ATAU TIDAK

Melewati 2 bulan tanpa perkembangan setelah tamat prosiding hujahan pada 4 November 2014, akhirnya Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Februari depan bagi mengumumkan keputusan rayuan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Perkara ini diumumkan melalui Twitter rasmi Mahkamah Persekutuan, pada tengah hari Isnin.
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mohd Aizuddin Zolkeply turut mengesahkan berita ini.
Peguambela Anwar, Ramkarpal Sigh pula berkata pejabatnya menerima notis keputusan tersebut kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Anwar, 67, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.
Pada 7 Mac tahun lalu, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, namun dilepaskan dengan jaminan RM10,000.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana