Tahan Passport ANWAR....Jangan Biarkan Anwar 'Lari' - Zul Nordin

BLOG ZULKIFLI NOORDIN - Saya merujuk kepada lapuran polis yang dibuat oleh Sdr Zahid Md Arip, Mursyidul Am TIBAI mengenai kekhuatiran beliau kemungkinan Anwar melarikan diri keluar negara sebelum keputusan rayuan oleh Mahkamah Persekutuan berkaitan hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan kerana meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan!

Susulan daripada lapuran itu, saya dengan ini mendesak supaya beberapa tindakan seperti berikut diambil dengan serta merta:

1. Peguam Negara hendaklah memfailkan permohonan serta merta di Mahkamah Persekutuan untuk suatu perintah supaya Anwar menyerahkan paspot antarabangsanya;

2. Peguam Negara juga wajib memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan perintah penangguhan perlaksanaan hukuman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan;

3. Sebagai alternatif, Peguam Negara wajib memohon Mahkamah mengenakan perintah tahanan reman keatas Anwar Ibrahim berkuatkuasa serta merta sehingga tarikh keputusan diumumkan;

4. Ketua Pengarah Imigresen hendaklah mengeluarkan perintah larangan keluar negara dan menyenarai-hitamkan Anwar atas alasan beliau adalah seorang yang telah disabitkan dengan suatu kesalahan jenayah liwat menurut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dibaca dengan Kanun Acara Jenayah dan Akta Imigresen;

5. Ketua Pengarah Imigresen hendaklah mengeluarkan perintah serta merta menghalang Anwar Ibrahim keluar daripada negara ini dan semua check-point hendaklah dimaklumkan mengenainya dan menguatkuasakannya dengan serta merta;

6. Sementara itu pihak Polis hendaklah meletakkan Anwar dibawah pemerhatian dan pemantauan 24-7 dengan serta merta untuk memastikan sekatan atau halangan dapat dikuatkuasakan jika ada sebarang usaha untuk melarikan diri keluar daripada bidangkuasa Mahkamah dan Polis Malaysia.

Saya membuat kenyataan ini berdasarkan perkembangan terbaru membabitkan dua kes Mahkamah iaitu kes Alvin Tan dan Kpl Sirul Azhar Umar.

Alvin yang sedang menghadapi pertuduhan dibawah Akta Hasutan kerana menghina Islam, dan Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya.

Kedua-duanya berjaya melepaskan diri daripada bidangkuasa Mahkamah Malaysia dengan berada di luar negara. Alvin di Amerika Syarikat, Sirul di Australia.

Dan kita menghadapi masalah besar untuk mendapatkan perintah ekstradisi keatas kedua-duanya!

Atas alasan itulah saya mendesak supaya paspot antarabangsa dan semua kemudahan perjalanan antarabangsa Anwar dihalang serta merta sementara menunggu keputusan rayuan pada 10.02.2015.

Saya tidak menuduh Anwar akan melarikan diri, atau merancang untuk melarikan diri.

Malahan ada kemungkinan beliau mungkin terlepas dan dibebaskan daripada pertuduhan meliwat Saiful pada 10.02.2015 ini. Atau mungkin sahaja Mahkamah Persekutuan mensabitkan kesalahan dan menghukum beliau dengan hukuman selayaknya.

Itu terpulang kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan yang akan membuat keputusannya pada 10.02.2015 nanti.

Apa yang penting ialah kehadiran Anwar pada 10.02.2015 di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada pagi 10.02.2015 untuk menerima keputusan Mahkamah hendaklah dipastikan.

Dan mengambil iktibar kes Alvavin dan Sirul, saya mencadangkan supaya paspot Anwar dirampas dan kemudahan perjalanan antarabangsanya disekat melalui kaedah yang sebutkan doatas sementara menunggu keputusan pada 10.02.

Semoga peristiwa Sirul Azhar Umar, Alvavin Tan dan lain-lain tidak berulang.

KEADILAN-4-SAIFUL

Zulkifli Bin Noordin

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana