Punai Sihat Doh Mai...Pilihan raya PBT: Itu hanya pandangan peribadi Hadi - Anwar

SHAH ALAM: Kebimbangan yang disuarakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pelaksanaan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang didakwa mampu mencetuskan peristiwa 13 Mei, adalah satu pandangan peribadi, demikian menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kenyataan yang dikeluarkan beliau (Abdul Hadi) adalah pendapat peribadinya," katanya yang dipetik Sinar Harian Online.

Katanya, cadangan untuk mengadakan pilihan raya PBT harus diteliti melalui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dengan mengambil kira pandangan daripada semua kaum.

Sebagai sebuah parti yang mendokong proses demokrasi, katanya lagi, perkara itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kami akan mengenal pasti segala isu dan pendapat semua penduduk dalam sesebuah bandar sebelum membuat keputusan berhubung perkara tersebut,"ujarnya.

Justeru kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau akan menghubungi Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagi membincangkan perkara berkenaan.

Hadi sebelum ini menyuarakan kebimbangannya terhadap desakan DAP yang mahu mengadakan pilihan raya PBT kerana perkara itu mampu mencetuskan ketegangan dalam kalangan penduduk terutamanya di kawasan majoriti Cina.

Kebanyakan pemimpin PAS turut bersetuju dengan pandangan ulama berkenaan, kerana ia akan mewujudkan monopoli satu kaum sahaja sekaligus mencetuskan sensitiviti antara masyarakat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana