Pemimpin DAP beri bayangan Pakatan bakal berpecah

Parti paling banyak kerusi Parlimen dan DUN dalam Pakatan Rakyat, DAP pada Isnin membayangkan bahawa jika pakatan antara parti itu, PKR dan PAS berpecah, ia bukan pengakhiran bagi segala-galanya.
Dalam laporan yang disiarkan akhbar, Sinchew Daily, Isnin Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke mengakui, walaupun semua pihak berharap usaha mengalahkan BN menjadi realiti, namun DAP perlu berfikir secara teliti mengenai model kerjasama antara parti pembangkang pada masa depan.

Beliau membayangkan perpecahan Pakatan bukanlah 'hari kiamat' bagi pembangkang.

Satu indikasi jelas bahawa tidak ada lagi kemesraan antara parti itu dan PAS.

Menurut Ahli Parlimen Seremban itu matlamat menumbang BN tidak semestinya dicapai melalui gandingan antara tiga parti pembangkang.

Menurutnya, DAP tidak boleh mengorbankan prinsip parti semata-mata mahu mengekalkan keharmonian dalam Pakatan Rakyat.

Tegasnya, DAP juga tidak akan menerima pelaksanaan hukum hudud hanya kerana mahu mencapai matlamat menumbangkan BN.

"Mengenai hubungan dalam Pakatan Rakyat, kita tidak perlu melakukan penafian. Hubungan kita memang (tegang) macam ini selepas krisis Menteri Besar Selangor.

"Bermula daripada saat itu, kita berdepan keadaan yang sukar. Kita tidak menafikan hakikat ini kerana ia memang berlaku di depan mata kita," katanya.

Menurut Anthony, perpecahan Pakatan Rakyat bagaimanapun bukan dunia kiamat dan perjuangan politik harus diteruskan.

Beliau berkata, sekiranya tiada persefahaman, maka tiga parti pembangkang berkenaan perlu mengenal pasti pendekatan lain menjelang pilihanraya umum akan datang.

Masalah dalam Pakatan mulai muncal secara jelas berikutan gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disokong DAP menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Abdul Khalid disokong oleh PAS.

Sejak itu satu demi satu masalah yang selama ini ditutup pakatan pembangkang sejak 2008 itu muncul.

Ia termasukkan isu perlaksanaan hudud di Kelantan dan pilihanraya kerajaan tempatan di Pulau Pinang.

Pada Jumaat Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang belasah sakan DAP kerana mendesak Pakatan menyokong pilihanraya kerajaan tempatan.

Dalam satu kenyataan yang panjang beliau mengingatkan tentang bahaya cadangan DAP itu pada kestabilan serta jurang antara kaum di negara ini khususnya di bandar dan desa.

Malah katanya ," yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi “api dalam sekam” untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara."

Cadangan DAP hendak adakan pilihanraya kerajaan tempatan telah dijadikan modal kempen sejak pilihanraya umum 2008 lagi.

Pada Ogos 2004,Mahkamah Persekutuan memutuskan kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP tidak ada bidang kuasa mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan.

Menurut mahkamah itu enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 2012 tidak sah kerana ia bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana