Pemaju Datum Jelatek Tidak Peduli Bantahan, Pembinaan Diteruskan...Sokong Lagi PR Akan Datang

KERAMAT 28 Jan - Pemaju pembangunan mewah Datum Jelatek akan meneruskan pembangunan projek tersebut sungguhpun mendapat bantahan besar dari kumpulan penduduk setempat.

Ketua Pegawai Operasi (COO) DatumCorp, Shytul Shahryn Mohamad Shaari juga menafikan, pembinaan projek tersebut akan menjadikan kawasan tersebut sebagai daerah Cina di kawasan Melayu.

"Gangguan itu biasa, tetapi seperti mana kenyataan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebelum ini, kita akan meneruskan kerja ini juga sebab kita dapati projek ini memberi manfaat kepada rakyat," katanya yang dipetik Malaysian Insider.

Projek RM1.2 bilion Datum Jelatek yang dimulakan pada 2008 di atas 2.4 hektar tanah bersebelahan dengan Stesen LRT Jelatek melibatkan 4 blok kondominium mewah, hotel, pejabat dan pusat membeli belah.

Kondominium akan dibina di atas 4 blok pangsapuri PKNS yang dimiliki majoriti Melayu yang diruntuhkan pada akhir 2010.

Projek Datum Jelatek mendapat kebenaran merancang sejak November 2011 daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), namun tertangguh kerana beberapa isu.

Bantahan terbaru Ahad lalu apabila sekumpulan 100 orang bertindak ganas merosakkan zink pengadang dan menceroboh tapak pembinaan.

Kumpulan itu mendakwa projek tersebut akan membawa masuk kaum Cina dan warga asing ke kawasan penempatan yang majoritinya penduduk Melayu.

Bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan dan mereka akhirnya beredar. Trak polis kelihatan di tapak pembinaan Datum Jelatek semasa bantahan.

Shytul sekali lagi menangkis tuduhan Datum Jelatek akan menjadikan kawasan tersebut “Daerah Cina”, malah sehingga kini belum ada satu lot kondominium yang terjual kepada mana-mana individu.

"Isu mengatakan orang Melayu dipinggirkan langsung tidak berbangkit, berita yang dikeluarkan adalah berita palsu seperti penjualan 2 blok semua itu kepada pihak asing tidak berlaku, memang penjualan dibuat sendiri oleh DatumCorp.

"Kita belum jual satu unit kepada sesiapa pun, belum ada satu sen kita kutip daripada sesiapa pun. Kita hanya ada senarai bakal pembeli sahaja," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mengulas mengenai kejadian baru-baru ini, beliau menjelaskan pihak pemaju sudah bertemu dengan penduduk sekitar kawasan tersebut dan mendakwa majoriti memberikan reaksi positif dengan projek itu.

"Saya boleh jamin, penduduk Keramat dalam bantahan baru-baru ini tidak terlibat langsung kerana kita sudah berjumpa mereka secara berperingkat.

"Kita sudah bertemu hampir 100 penduduk di situ, mereka amat bersetuju dan kebanyakan mereka pun berminat untuk beli dengan kita," katanya.

Shytul juga memberi jaminan, pihak pemaju akan memberi keutamaan kepada pembeli Bumiputera walaupun kuota yang diletak PKNS ialah 50% untuk Bumiputera dan bakinya untuk bukan Bumiputera.

"Kuota itu bukan kita tetapkan tetapi pihak berkuasa yang tetapkan perkara ini. Tetapi di peringkat Datum sendiri pun kita akan jual sebanyak mungkin kepada Bumiputera," katanya.

Mengenai isu harga yang mungkin terlalu mahal, Shytul berkata faktor lokasi dan kemudahan perlu diambil kira dalam menentukan sesebuah harga hartanah.

"Kalau jual dengan harga itu di Rawang memang mahal, tetapi kalau ia dijual dalam kawasan Kuala Lumpur di mana Bumiputera pun dapat 10% diskaun dan dengan keadaan pembangunan bersambung dengan LRT dan ada pusat beli belah di bawah, bagi kita ia harga yang amat berpatutan," katanya.

Shytul menafikan penglibatan kontraktor dari China dalam pembinaan Datum Jelatek, sebaliknya kontraktor yang dilantik adalah orang tempatan dan dipilih secara tender terbuka.

Selepas keganasan pada Ahad, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mempersoalkan sama ada mereka benar-benar penduduk sekitar kawasan tersebut.

"Mereka itu siapa? Awak pasti mereka penduduk tempatan? Selain Encik Salleh (Samad, Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek) siapa lagi yang hadir?" katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana