PASMA pula ‘halau’ Hadi keluar PAS jika tidak setuju dengan Pakatan

Jika Datuk Seri Abdul Hadi Awang rasa amarannya pihak yang cuba goncang ‘bahtera’ PAS keluar dari parti itu boleh bikin mereka kecut perut, ternyata Presiden PAS itu silap.
Sebaliknya Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) ,Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi kilas balik kata mereka yang tidak bersetuju dengan prinsip Pakatan Rakyat yang sepatutnya keluar PAS.

Dalam maksud lain, Hadi yang kena keluar daripada PAS, bukannya PASMA yang mendakwa sudah mendapat sokongan DAP dan PKR untuk membantu kedua-dua parti itu dalam Pakatan.

Phahrolrazi dalam respons terhadap kenyataan Hadi dilaporkan Selasa telah menjadikan alasan keputusan untuk kekal dalam Pakatan adalah keputusan PAS dan muktamar.

“Jadi siapa yang tak bersetuju dengan prinsip (bersama Pakatan), tak bersetuju dengan (keputusan) PAS maka dia kena keluar PAS,” katanya.

Menjawab amaran keras Hadi kepada PASMA, Phahrolrazi berkata tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin tidak bermakna tidak bersetuju dengan PAS.

“Tapi kalau tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin dan sebagainya itu cuma pendapat sahaja tidak payahlah keluar PAS,” ujarnya.

Hadi kelmarin dalam kenyataannya melalui laman Facebook memberi amaran supaya PASMA tidak merosakkan ‘bahtera’ PAS.

Beliau mengumpamakan NGO yang digerakkan anggota PAS itu seperti menebuk kapal sendiri dan meminta ahli pertubuhan itu meninggalkan PAS jika tidak lagi sehaluan.

Malah katanya, mereka yang merasakan PAS bergerak perlahan dan serba kekurangan meninggalkan parti itu.

Katanya, PAS dalam Pakatan bukanlah dalam bahtera yang sama dengan PKR dan DAP mempunyai bahtera masing-masing.

“Kena faham. Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini,” kata Hadi.

Phahrolrazi menilai kenyataan Hadi terhadap PASMA itu tidak relevan kerana bukan semua anggota PASMA terlibat dengan PAS.

“PASMA ini NGO yang berdiri dibawah entiti berdiri sendiri, jadi tak timbul keluar masuk PAS sebab dia (PASMA) tidak pernah masuk PAS pun,” katanya.

“PASMA tidak ada kena mengena dengan PAS, Hadi tuju pada ahli PAS,” katanya.

Apakah kenyataan ini bukti pemimpin PASMA itu semakin besar kepala kerana berpendapat mereka boleh menggantikan PAS dalam PR?

Terpulang Hadi dan kepimpinan PAS mencari jawapannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana