Panassss....Lim Guan Eng Celupar, Pembohong - PAS

KUALA LUMPUR: DAP dan PAS terus bercakaran apabila kali ini Datuk Mustafa Ali menyifatkan Lim Guan Eng bermulut celupar berhubung kemelut isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diluluskan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Mendakwa Setiausaha Agung DAP itu berbohong, Mustafa yang juga Setiausaha Agung PAS mencabar untuk bersemuka dengan Lim bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya tidak pernah berbincang dengan Guan Eng atau dihubungi berkait dengan isu enakmen pilihan raya PBT sebelum enakmen itu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2012.

"Tapi saya mengaku selepas beberapa hari enakmen itu diluluskan, beliau ada hubungi saya melalui telefon," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, Rabu.

Mustafa berkata demikian bagi menjawab tuduhan Lim bahawa beliau dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bercakap benar apabila menyatakan mereka tidak dimaklumkan mengenai enakmen pilihan raya PBT yang diluluskan kerajaan Pulau Pinang.

Baru-baru ini Lim menyifatkan Abdul Hadi dan Mustafa 'tidak jujur' apabila mengkritik langkah DAP mengadakan pilihan raya PBT kerana mendakwa kedua-dua pemimpin PAS itu sudah dirujuk mengenainya.

"Saya nak jelaskan di sini...pertamanya perkataan-perkataan yang digunakan oleh Guan Eng bukan sahaja tidak tepat dan tidak betul tapi menggambarkan manusia yang celupar mulutnya.

"Malah di Pulau Pinang sendiri saya difahamkan tidak ada perbincangan dengan PAS. Guan Eng jangan cakap bohong," katanya.

Bantahan PAS terhadap tindakan DAP semakin ketara apabila Abdul Hadi pada Jumaat lalu mendakwa, pilihan raya PBT yang diperjuangkan parti itu akan hanya mencetuskan suasana tidak stabil dan melebarkan jurang masyarakat kerana memberi ‘keuntungan’ kepada penduduk bandar yang majoritinya kaum Cina, sekali gus menimbulkan kebimbangan peristiwa 13 Mei 1969 berulang.

Mengulas lanjut, Mustafa sebaliknya mendedahkan taktik sebenar DAP untuk memujuk PAS supaya bersetuju dengan mereka dalam isu pilihan raya PBT.

Jelas Mustafa, Lim menelefonnya hanya selepas enakmen berkenaan diluluskan dan meminta supaya beliau memberi 'kenyataan positif' jika ditanya pihak media.

"Beliau hubungi saya dan minta saya tolong tengok kenyataan-kenyataan ini (pelbagai komen negatif). Beliau harap kalau ada media tanya (minta komen) supaya (beri) kenyataan yang positif.

"Tapi saya jawab insyaAllah. Saya tak bantah atau tanya kenapa buat begini (lulus tanpa bincang) kerana perkara ini sudah berlaku," katanya.

Menurut Mustafa lagi, kali pertama beliau dimaklumkan mengenai enakmen pilihan raya PBT ialah melalui Datuk Salleh Man yang merupakan wakil rakyat tunggal PAS dalam DUN Pulau Pinang.

"Sebelum saya dihubungi Guan Eng, terlebih dahulu saya menerima panggilan daripada Datuk Salleh Man yang memberitahu bahawa sidang DUN sedang berjalan di Pulau Pinang dan salah satu agendanya berkaitan dengan pilihan raya PBT.

"Beliau tanya pendirian parti dan tanya sama ada PAS sudah bersetuju atau tidak. Tapi saya beritahu beliau lebih baik jangan bercakap (berbahas) kerana ia simbol untuk menyokong atau tidak (usul pilihan raya PBT).

"Saya katakan kepadanya demi menjaga keharmonian (Pakatan Rakyat) lebih baik mengelak untuk bercakap dan kalau boleh janganlah undi," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana