Khalid Bagi Kritikan Sinis dan Pedas pada Azmin tidak profesional...

Mungkin komen ini agak berat sebelah atau bias memandangkan yang komen adalah indibidu yang diturunkan secara paksa dari jawatan Menteri Besar Selangor.
Tapi untuk rekod sejarah, elok kiranya, kenyataan Khalid terhadap penggantinya, Mohamed Azmin Ali disiarkan.

Menurut Khalid, Azmin adalah MB yang tidak baik sekiranya lebih mengutamakan kepentingan politik serta bersikap tidak profesional dalam menguruskan pentadbiran negeri ini.

Beliau menyifatkan Azmin seolah-olah cenderung kepada kedua-dua perkara itu, khususnya beberapa isu melibatkan keputusan yang dibuatnya ketika memegang jawatan tersebut sebelum ini.

“Ini (jawatan Menteri Besar) bukan permainan politik. Ini adalah profesional, ketelusan dan ketanggungjawaban. Jika asyik bersikap politik dan tidak profesional, dia bukan Menteri Besar yang baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Kolokium Melayu Yang Terlena di Kelab Shah Alam Ahad.

Khalid mengulas tindakan Azmin yang dikatakan mempersoalkan keputusan kerajaan negeri sebelum ini berhubung pembayaran pampasan kepada lapan bekas pegawai Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), pemecatan kakitangan PHSB dan sebagainya.

Dalam pada itu, mengulas lanjut tentang keputusan tersebut, Abdul Khalid menegaskan, setiap keputusan yang dibuatnya ketika menjadi Menteri Besar adalah berasaskan kepada prinsip profesionalisme dan ketelusan yang mengambil kira kepentingan rakyat.

Keputusan itu katanya, termasuklah usaha kerajaan negeri sebelum ini melaksanakan penstrukturan semula industri air di Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana