Kerajaan Pusat Bina 300 Kediaman Baru di Gua Musang...Kerajaan Dalam Dunia Mana Buat Seperti Di Malaysia Ni

GUA MUSANG 25 Jan - Kerajaan akan mengeluarkan sejumlah peruntukan yang besar bagi membina kira-kira 300 buah kediaman di Gua Musang,  untuk mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, berkata bagi daerah Gua Musang, kerajaan akan melaksanakan program pembinaan rumah yang menelan belanja RM45,000 hingga RM48,000 seunit.

Katanya, tapak pembinaan rumah di beberapa kawasan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, Galas Dan Nenggiri telah dikenal pasti.

Tambah Nozula, ketika ini pihaknya juga merancang sebuah lagi penempatan baharu di atas tanah seluas 40 hektar bagi menampung pembinaan 100 buah rumah.

Bagaimanapun, menurut Nozula, kelulusan tanah tersebut adalah tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri dan pihaknya sedang membuat rundingan bagi menyelesaikan masalah penempatan kekal.

Projek penempatan tersebut akan menumpukan kemudahan infrastruktur yang lengkap kepada penduduk seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana