KALAU CINA NAK BERHABITAT DI KAWASAN MELAYU, TAK APA... TAPI MELAYU NAK BUAT BANGUNAN PERNIAGAAN DI KAWASAN CINA, JANGANNNNN... RASISSS!!!

 Anda ingat lagi bagaimana DAP dengan kerjasama PKR menentang keras cadangan Kerajaan Melayu-Bumiputera yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak untuk mendirikan Menara Warisan yang bakal menjadi bangunan tertinggi di dunia di kawasan sekitar Stadium Negara dan Stadium Merdeka atau lebih tepat lagi di bekas Taman Bunga Tunku Abdul Rahman?

Ingat lagi bagaimana mereka mengeluarkan pelbagai hujah kononnya, menara tersebut akan menjadi gajah putih, menelan berbilion wang rakyat dan tidak mendatangkan sebarang faedah dan pada masa yang sama, akan menghancurkan perniagaan masyarakat Cina yang mendominasi Jalan Sultan, Petaling Street, Jalan Tun H.S Lee dan kawasan-kawasan sekitar?

Yang sebenarnya, mereka melindungi kepentingan Cina-Cina DAP yang menjadi penyokong kuat dan fixed deposit untuk kemenangan DAP di Parlimen Bukit Bintang. Memasukkan Melayu dan kaum-kaum lain, akan menjejaskan komposisi dan majoriti kemenangan DAP di kawasan bandaran Kuala Lumpur atau sekarang ini dikenali sebagai Parlimen Bukit Bintang serta kawasan-kawasan sekitar termasuklah Seputeh, kawasan yang mencatatkan kemenangan majoriti terbesar yang menyumbang kepada undi popular Pakatan Rakyat yang dibangga-banggakan oleh Anwar Ibrahim dan para pecacainya.

Menara Wawasan mereka tentang habis-habisan. Tidak cukup dengan ceramah, siap ada page kat Facebook semata-mata untuk menentang cadangan Kerajaan untuk memajmukkan kawasan pure-Chinese-DAP itu.

Tetapi di kawasan bermajoriti Melayu di Keramat, atau lebih spesifiknya Taman Keramat di mana suatu ketika dahulu terletaknya empat blok rumah pangsa kos rendah yang dibina oleh PKNS untuk Melayu-Bumiputera, kemudian dimusnahkan untuk memberi laluan kepada Projek Kondominium Mewah Datum Jelatek, haram tidak sepatah pun DAP bersuara. Malahan mereka menyokong sepenuhnya rancangan Kerajaan Pakatan Rakyat itu kerana menganggap ia adalah satu kebaikan untuk pelaburan hartanah.

Baca Lagi Kat Sini

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana