Datum Jelatek: Penduduk tak akan berdiam diri...Kena Kencing Lagi

KERAMAT: Penduduk Keramat tidak akan berdiam diri lagi, membiarkan Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin PKR memperbodohkan mereka, demikian kata salah seorang daripada penduduk kawasan itu.

Menurut Norhayati Mohd Derus, penduduk sekitar sebelum ini digula-gulakan dengan janji bahawa projek pembangunan itu untuk penempatan semula bagi penduduk asal yang mendiami empat blok rumah pangsa sebelum ini.

Namun ianya bertukar kepada projek mega dan akhirnya mereka mendapat maklumat bahawa harga jualan seunit bermula dengan RM700 ribu sehingga mencecah RM11 juta.

"Pada saya itu adalah satu pembohongan, penduduk tidak menerima projek itu. Sekarang ini anak-anak Keramat tidak akan berdiam diri lagi.

"Saya juga akan turut berusaha untuk menjatuhkan Datum Jelatek, kita semua mahu berhenti projek," katanya kepada Antarapos.

Tambahnya lagi, apa yang dikatakan projek itu untuk Bumiputera juga adalah penipuan kerajaan negeri kerana terbukti kini bahawa kebanyakan pembeli rumah tersebut daripada negara luar termasuk Singapura.

Soal wanita berusia 50-an ini lagi, bukankah sepatutnya kerajaan Negeri Selangor, sebuah kerajaan yang melaungkan kebajikan rakyat, memberikan ruang dan peluang kepada penduduk Melayu khususnya yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di kawasan mereka sendiri.

"Itu bohong semua, dari dulu tipu sekarang tipu, selamanya nanti pun akan tipu. Kalau ada (Bumiputera yang majoriti pembeli) mesti ada kenyataan tetapi tidak ada.

"Kita harap projek ini ditumpukan pembelinya yang mampu kepada anak-anak tempatan Keramat, untuk Bumiputera dan sekitarnya.

Tambah Norhayati, tidak adil untuk menipu penduduk Melayu di situ hanya demi mengaut keuntungan semata-mata sahaja.

Selepas dijanjikan untuk penempatan semula, penduduk dikejutkan dengan penemuan yang memeranjatkan iaitu projek untuk rakyat itu ditukarkan kepada projek pembinaan kondominium mewah tanpa notis.

Lebih berani, kerajaan negeri dan pemaju, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak menurunkan notis pembinaan yang jelas tertera maklumat projek asal yang bertaraf 'pembangunan semula'.

Nursiha Siman dalam masa sama menyuarakan kekecewaannya kepada kerajaan yang kini dipimpin oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Justeru katanya, ekoran kerajaan negeri tidak pernah mendengar bantahan dan suara, penduduk di situ kali ini akan berusaha lebih agresif agar pemaju berundur daripada terus membangunkan projek kondominium mewah itu.

"Saya juga berasal dari Taman Keramat, saya rasa sedih dengan apa yang berlaku sekarang ini maknanya kita orang Melayu mudah diperkotak katikkan, kenapa mesti orang lain (yang duduki).

"Pada awalnya yang saya tahu, mula-mula untuk orang Melayu, lama-kelamaan berubah pula.

"Kita tidak mahu perkara ini berlaku kalau kita biarkan saya percaya dan yakin mereka akan teruskan projek ini.

"Saya yakin dan percaya sekiranya, demonstrasi ini berjaya kita bantah habis-habisan projek ini boleh dibatalkan," ujar wanita berusia 52 tahun itu.

Azmin baru-baru ini mendakwa pembangunan kondominium mewah itu diteruskan dengan mengambil kira pandangan penduduk.

Menteri Besar Selangor itu juga menafikan projek berkenaan membelakangkan penduduk selain memaklumkan projek berkenaan mengikut konsep pembangunan berkualiti iaitu membenarkan penglibatan penduduk setempat untuk memberikan sebarang maklum balas.  

Bagi Mohd Ali Mohd Untung yang telah menetap di Taman Keramat lebih 40 tahun mendakwa bahawa jurucakap pemaju pembangunan projek tersebut menipu agar penduduk bersetuju dengan Datum Jelatek.

Walhal ia sebenarnya bukanlah untuk Bumiputera namun dijual kepada orang asing dengan harga yang lebih mahal untuk mengaut keuntungan semata-mata.

"Itu memang tidak betul sebelum ini pun dia ada terangkan kepada orang-orang yang pergi ke pejabat mereka, mereka (pemaju) beritahu akan diberikan 50 peratus bumiputera dan bukan Melayu.

"Tiba-tiba dia letakkan kain rentang di hadapan tapak projek itu projek ini 100 peratus untuk Bumiputera, yang mana yang betul, yang mana satu bohong?

"Ini semua pembohong, ada orang yang tertipu," jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana