Apek Ini Dakwa Haji Hadi Buat Kesilapan Besar....

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat menyebelahi anaknya dan mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang telah membuat satu kesilapan yang besar dengan membantah pilihanraya PBT yang disuarakan Lim Guan Eng.

Menyindir Presiden PAS, Kit Siang mengatakan bahawa Abdul Hadi merupakan individu pertama yang mendakwa pilihanraya PBT mampu mencetus tragedi 13 Mei 1969 berulang sekali lagi.

“Buat pertama kali ada orang mendakwa pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh mengundang tragedi 13 Mei,” kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Bapa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mengatakan bahawa pendirian Abdul Hadi itu akan menyebabkan Barisan Nasional selaku kerajaan akan menghalang perlaksanaan pilihanraya PBT  di negara ini.

“Kenyataan Abdul Hadi ini telah membuka jalan kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk menghalang pilihan raya PBT daripada diadakan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain itu, bekas Setiausaha Politik Lee Kua Yew itu juga mendakwa, kenyataan bahawa kaum Cina akan mendominasi kawasan bandar jika pilihan raya PBT diadakan juga satu kesilapan yang besar.

Alasan yang dikemukakan Kit Siang adalah berdasarkan data tahun 2010 menunjukkan populasi bangsa Melayu di Kuala Lumpur sebanyak 45.9 peratus manakala kaum Cina pula mewakili sebanyak 43.2 peratus.

Dakwanya lagi, cuma enam daripada bandar di negara ini bilangan kaum Cina melebihi kaum Melayu iaitu di Ipoh, Kuching Selatan, Johor Bahru Tengah, Pulau Pinang, Sibu dan Subang Jaya. -Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana