Anwar Ibrahim: Ini bukan cerita dongeng...

Namanya pun Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TIBAI.

Atas sebab ini mungkin ada yang merasa laporan polis yang dibuat oleh Musyridul Am TIBAI Zahid Md Arip pada Rabu semalam minta pihak berkuasa rampas paspot antarabangsa Ketua Umum PKR itu ada naiwaitu yang kurang baik.

Dari bacaan politik memang sukar untuk elak rasa prejudis pada satu kenyataan yang dibuat satu badan yang bergerak khusus untuk tibai Anwar.

Fakta dan hakikat sebenar ini bukan cerita dongeng yang dikutip tepi jalan.

Tiada siapa yang tuduh Anwar yang sedang menunggu hari penentuan rayuan terakhir kes liwat Saiful Bukhari Azlan pada 10 Februari ini akan cabut lari.

Kalau ikut cakap Anwar sebelum ini beliau sendiri ada menerima tawaran untuk ' perlindungan' dari beberapa rakan di luar negara.

Namun katanya beliau tidak berhajat untuk lari dari kes mahkamahnya.

Sebaliknya jangan lupa Anwar ada rekod pernah 'lari'.

Bukankah pada 28 Jun 2008 beliau melarikan diri dan berlindung dirumah Duta Turki di Kuala Lumpur selepas mendapat tahu Saiful Bukhari Azlan membuat lapuran polis diliwat.

Ini juga satu fakta.

Juga ada lagi tiga fakta kes lari di depan mata semua orang.Ini bukan berlaku berkurun lamanya dulu.

Baru saja Sirul Azhar Umar,kopral polis UTK yang dihukum mati oleh Mahkamah Persekutuan cabut lari ke Australia.

Mahkamah baru ini umum keputusan tanpa kehadirannya.yang muncul cuma Cif Inspektor Azilah Hadir.

Sekarang Sirul ditahan di sebuah pusat tahanan di Sydney dan kerajaan Austrlia yang anti-hukuman mati tidak akan menghantarnya balik ke Malaysia.

Sebelum ini pada Oktober tahun lalu riuh kisah aktivis pembangkang Ali Abdul Jalil lari ke Sweden untuk dapatkan perlindungan politik.

Dia sepatutnya berdepan kes mahkamah atas dakwaan bawah Akta Hasutan.

Sebulan sebelum itu Alvin Tan,blogger kaki seks yang juga berdepan kes mahkamah bawah Akta Hasutan cabut lari ke Amerika.

Kalau sudah tiga kes cabut lari kes mahkamah apakah perlu tunggu yang ke empat atau kelima atau ke enam baru pihak berkuasa hendak ambil sesuatu tindakan pencegahan?

Juga kalau sudah ada fakta yang konkrit begitu apakah Zahid atau tidak kira siapa boleh dianggap buat desakan mengarut agar paspot Anwar dirampas.

Zahid yang membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur selain minta pihak berkuasa rampas paspot Anwar,juga desak agar beliau diletakkan di bawah tahanan atau pemerhatian polis sementara menunggu keputusan kes liwat pada 10 Februari ini.

“Kita bimbang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan segala "kecerdikan" yang dia dan pasport yang dia ada, dia boleh terbang ke mana-mana negara termasuk Amsterdam," katanya.

Menurutnya jika Anwar lari ke Belanda kemungkinan adalah tipis untuk membawanya balik ke Malaysia menjalani hukuman (jika mahkamah memutuskan beliau bersalah 10 Februari ini).

Ini,katanya kerana di Belanda meliwat tidak menjadi satu kesalahan.

Beliau menjelaskan laporan polis ini bukan hendak menuduh Anwar hendak lari tetapi untuk mengelak ' kemungkinan' kerana negara baru saja berdepan kes Sirul Azhar.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin yang mengiringi Zahid buat laporan polis tegas merasa tindakan menyekat Anwar itu wajar dilakukan segera oleh pihak berkuasa.
memandang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pernah melarikan pada 2008 dalam kes sama.

"Dia pernah melarikan diri pada 28 Jun 2008 apabila Saiful Bukhari buat laporan polis dan dia lari ke Kedutaan Turki dan dia minta perlindungan negara itu.

"Kalau dia melarikan diri ke luar negara atau ke Kedutaan Belanda di sini pun, kita sudah tidak boleh buat apa-apa, kerana negara mereka tidak menjadikan liwat ini sebagai satu kesalahan jenayah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana