Posts

Showing posts from August, 2014

Mengapa gelagat politik PAS kurang mesra Pakatan Rakyat?

Image
Sejak kebelakangan ini PAS semakin kerap membuat keputusan sendiri dalam menangani isu-isu politik yang seharusnya dibincangkan secara musyuwarah dengan PKR dan DAP. Mutakhir sekali, PAS tidak mengekori keputusan tegas PKR dan DAP dalam mengemukakan calon untuk kerusi Menteri Besar Selangor. Kedua-duanya hanya mahu presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja. Alasan PAS ialah ia akur titah Sultan Sharafudin Idris Shah supaya baginda dipersembahkan sekurang-kurangnya dua nama calon untuk jawatan itu. Ada kemungkinan PAS akan mengenengahkan tiga nama. Namun anehnya, PAS memberi perakuan bahawa ia hanya akan menamakan nama Adun-Adun dari PKR sahaja untuk jawatan itu. Ini demi menegaskan ia tidak berminat mengisi kerusi nombor satu itu. Sekali gus ini juga menegaskan bahawa PAS masih sehaluan dengan pemikiran politik Pakatan Rakyat bahawa kerusi Menteri Besar Selangor itu adalah amanah yang diberikan kepada PKR. Pada kacamata DAP dan PKR gelagat PAS ini agak pelik. Se

Krisis MB: Anwar sifatkan PAS tak faham prinsip Pakatan

Image
PUCHONG: Jika sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mengambil sikap berdiam diri berhubung sikap PAS yang 'liat' menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor, namun hari ini beliau tampil menegur sikap parti Islam itu. Walaupun teguran itu disuarakan dalam nada yang tidak keras, namun jelas Ketua Umum PKR itu kecewa dengan PAS yang masih lagi bermain tarik tali dan disifatkan sebagai 'tidak faham prinsip'. "(PAS) secara rasmi mahu bersama Pakatan Rakyat walau beberapa kenyataan bercanggah dengan keputusan awal. Sebab itu saya tegur.. Sebab itu saya tanya, Adakah benar PAS tak mahu sokong Azizah sebab wanita? "Kalau ada alasan betul, kita boleh wacana.. tapi kalau bimbang Tuanku tak setujulah, jadi kena hantar dua tiga nama...saya kata, ini soal prinsip, kalau nanti PM tiga nama, MB tiga nama.. Ini soal prinsip," katanya dalam program Dialog Anak Muda, di

PERKASA : PKR Cuba Ugut Kewibawaan Sultan Selangor

Image
KLANG 31 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Selangor menyifatkan kemelut Menteri Besar Selangor merupakan salah satu agenda untuk mengugut kewibawaan insitusi diraja di negeri itu. Presiden PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dalam melakukan peralihan kuasa negeri itu dianggap melampaui batas sehingga mendapat kemurkaan dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. "Saya nampak perkara ini bukanya percaturan politik tetapi sebenarnya mereka cuba untuk menghapuskan insitusi diraja. "Kenapa mesti hendak melantik Menteri Besar Selangor seorang perempuan, orang luar dari Selangor, kenapa mesti ambil dari luar? Adakah Selangor sudah ketandusan pemimpin di kalangan lelaki?. "Tetapi pada hari ini kita lihat, mereka cuba ajukan Duli Yang Maha Mulia Sultan perkara-perkara yang tidak munasabah apabila Baginda menolak lantas dengan itu mereka habis-habisan menghentam Sultan. "Mereka perlu sed

Ambang Merdeka Pas Kurang Sambutan Kerana Hujan?

Image
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Faktor hujan menjadi sebab mengapa Sambutan Ambang Merdeka dan Karnival 40 Tahun Pas Wilayah Persekutuan yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru kurang mendapat sambutan. Sehingga pukul 10 malam,kira-kira 200 orang yang hadir dimana 100 daripadanya merupakan peserta konvoi bermotor jelajah Malaysia. Pengarah Program,Mohamad Noor Mohamad berkata, walaupun program pada malam di ambang kemerdekaan ini tidak mendapat sambuta,namun pihaknya berharap suara yang dilontarkan dapat didengar oleh penduduk Kampung Baru yang berada berhampiran dengan lokasi program. "Orang Kuala Lumpur (KL) memang ada satu sikap iaitu malas nak keluar rumah jika hari hujan. "Tambahan pula Isnin (1 September) cuti,mungkin ramai yang telah pulang ke kampung halaman dan menjadi faktor mengapa yang baki ini sahaja yang hadir," katanya yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan sambil disambut hilai tawa tetamu yang hadir. Tiga pemimpin utama Pa

Kakitangan MAS Mari Lihat Hati Busuk Anwar Ibrahim dan DAP

Image
Agak melucukan melihat kenyataan dua parti pembangkang PKR dan DAP yang cuba membelasah tindakan kerajaan melakukan penstrukturan semula Syarikat Perbangan Malaysia (MAS) dan melakukan suntikan pelaburan sebanyak RM 6 bilion. Ketika Anwar Ibrahim mempertikaikan usaha Khazanah Nasional untuk mengurangkan kos pengurusan dengan mengurangkan 6000 kakitangan MAS, DAP pula mahu syarikat terbabit diisytihar muflis. Anwar mungkin cuba menjadi hero dengan mempersoalkan mengapa 6000 ini dikorbankan bukannya pengurusan MAS. Anwar juga mempersoalkan apa akan jadi kepada nasib 6000 orang ini. Andaian Anwar ini sangat aneh dan pelik. MAS belum mengumumkan siapakah yang terbabit. Justeru bagaimana Anwar boleh menyatakan tiada pengurusan kanan terbabit? Penstrukturan semula syarikat selalunya membabitkan semua lapisan pekerja dari pengurusan kanan sehingga ke kakitangan bawahan bagi membolehkan syarikat menjadi seimbang. Anwar juga membuat andaian tidak tepat kononnya nasib 6000 kakitangan

Rakyat sokong keputusan Sultan Selangor

Image
KLANG - Rakyat Selangor akan menyokong apa sahaja keputusan Sultan Selangor​, Sultan Sharafuddin Idris Shah​ dalam menentukan calon kerusi menteri besar yang bakal ditinggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pengerusi Angkatan Rakyat Sedar (Aras) Abdul Rahim Abdul Wahab berkata, ​hasil gabungan dari wakil  47 NGO ​dari seluruh pelusuk negeri hari ini datang berkumpul bagi menyatakan sokongan penuh terhadap titah yang bakal dikeluarkan oleh baginda. ​Katanya,  Sultan Selangor harus membuat keputusan yang tepat dalam menentukan pemegang jawatan tersebut kerana ia akan mempengaruhi masa depan pentadbiran serta rakyat negeri Selangor. "​Objektif himpunan hari ini adalah demi menunjukkan sokongan kita kepada Sultan Selangor dan kami juga turut menyokong keputusan yang akan diambil oleh baginda," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini. ​Dalam pada itu, pihaknya turut menyatakan sokongan penuh terhadap Abdul Khalid yang masih menyandang jawatan tersebut. "Perhimpun

Macam Ugutan Nampak Pada PAS!!!! Jangan syok sendiri, PAS hilang 10 kerusi jika tinggal Pakatan, kata Mat Taib

Image
Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengingatkan PAS tidak mengambil jalan mudah meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana sekiranya berbuat demikian, parti Islam itu akan mengalami kekalahan yang lebih besar di Selangor. Bekas menteri besar Selangor itu berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR. "PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita 'sentimen Allahu Akbar' sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi. "Jika kita silap percaturan, PR akan menang dan PAS yang tidak dapat undi. Jika ada pilihan raya di Selangor, saya ingat kurang-kurang PAS akan kalah 10 (kerusi)," katanya dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam hari ini. PAS sebelum ini mengambil pendirian yang berlainan dengan PR apabila memilih untuk memberi lebih nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Tan Sr

Apa Nak Jadi Nurse Ni ??

Image
 Entahlah mungkin training yang melakukan semuanya ini...tak akan sehingga pegang anu lelaki?

Kami Tidak Mahu MB Yang Hanya Tahu 'Bermain Kipas'

Image
KLANG 30 Ogos - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Gerak Rakyat Arus Bawahan Selangor (GRABS) mengingatkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa rakyat di Selangor tidak memerlukan seorang Menteri Besar yang hanya 'bermain kipas' sahaja yang merujuk kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Pengerusi GRABS, Mohd Faisal Idris berkata, belum pernah lagi institusi Menteri Besar dicabuli sejak dipekenalkan pada tahun 1959 di mana pemilihan dilakukan menerusi pilihan raya ekoran dari percaturan politik PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup menggunakan isterinya demi mendapatkan kuasa. "Sesiapa yang menggantikan Menteri Besar yang ini (Tan Sri Khalid Ibrahim) mesti lebih hebat daripada dia, bukan setakat alang-alang bermain kipas sahaja. "Pada pilihan raya 1959 hinggalah sekarang di mana sistem tersebut berterusan di mana Menteri Besar yang dipilih melalui sistem pilihan raya adalah anak jati Selangor. "Saya juga tidak pernah terfikir mana-

Gambar 200 Anggota PPS Ditahan Pagi Ini...PPS sudah berani mencabar polis utk menangkap mereka..

Image
PULAU PINANG 31 Ogos - Hampir 200 anggota Pasukan Pertubuhan Sukarela (PPS) ditahan polis ketika menyertai sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama, di sini pagi ini. Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai di sini untuk diambil keterangan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan penahanan itu dan menambah, mereka akan disiasat di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Rumah Guan Eng Dilempar Bahan Letupan Buatan Sendiri

Image
PULAU PINANG 31 Ogos - Kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Jalan Pin Horn dekat sini dilempar dengan bom buatan sendiri yang meletup kira-kira pukul 11.45 malam tadi. Ketika kejadian difahamkan Guan Eng dan ahli keluarganya berada di dalam rumah dan tiada kecederaan dilaporkan kerana bom molotov koktail yang dilemparkan meletup di kawasan parkir kereta. Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, penelitian terhadap kamera litar tertutup mendapati seorang lelaki menaiki motosikal berhenti di hadapan rumah Guan Eng dan bertindak melemparkan bahan letupan itu sebelum melarikan diri.

Felicia Ling : 'Betapa Biadapnya Seorang Melayu bernama Anwar Ibrahim'

Image
KLANG 30 Ogos - Pengamal Undang-Undang, Felicia Ling menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang pemimpin Melayu pada nama semata-mata kerana tidak pernah kenal akan istiadat, undang-undang dan adat resam Melayu sehingga menyebabkan parti pimpinannya mencabar kedaulatan Sultan Selangor. Beliau berkata, PKR turut mencabar rakyat di negeri itu yang tidak pernah bersikap biadap sehingga sanggup melanggar titah Baginda. "Kemelut Menteri Besar di Selangor secara tidak langsung telah menampakkan betapa biadapnya seorang bergelar Melayu yang bernama Anwar Ibrahim. "Kalau dia hari ini hendak langgar pagar SUK, kita mampu tahan. "Tapi kali ini kamu hendak langgar pagar istana, kamu telah langgar adat istiadat orang Melayu. Orang Selangor bukan orang biadap macam orang Pulau Pinang yang bernama Anwar Ibrahim," katanya ketika berucap pada Himpunan 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor' di Padang Sultan Sula

Semalam....Sambutan Merdeka PAS Hambar, Kerusi Lebih Banyak

Image

PAS DIBERI TEKANAN DENGAN UGUTAN...TERUKNYA MAMAT NI

Image
Nampaknya bekas Menteri Besar Selangor yang selama ini tidak tahu tentang agama sehingga beliau menyertai PR cuba menakutkan PAS Selangor dengan mengatakan bahawa Parti itu akan kehilangan 10 kerusi jika mereka meninggalkan PR.  Kenapa Tan Sri Mohammad Mohd Taib cuba nak menakutkan PAS dengan cerita cerita bodoh macam tu? Kalau PAS kehilangan 10 kerusi, adakah kerusi tersebut akan dimenangi oleh Barisan Nasional atau ianya akan dimiliki oleh PKR atau DAP? Sangkakala rasa Mohammad Taib sendiri sudah goyang jika PAS meniggalkan PR yang kini terang terang mabuk kuasa hingga mengkhianati rakan dalam parti sendiri hanya semata mata untuk memuaskan nafsu seorang manusia bernama Anwar Ibrahim. Sedangkan kita perlu fikir, semasa kerajaan PR merampas kerajaan negeri Selangor yang ditadbir sebelum tahun 2008 oleh Barisan Nasional, Mohammad Mohd Taib belum lagi menyertai PR. Bagi Sangkakala, Mohammad Mohd Taib gak payah la nak menakut nakutkan PAS sebab dia sendiri pun tak betul denga

Sambutan Merdeka Ala PAS Dulu Lain Sekarang Sudah Lain...

Image
Selama ini bertakbir..ada ceramah kononnya ceramah agama..tapi malam ini semuanya dah tunggang langgang..kononnya nak bawa pembaharuan dalam Pas dengan gaya baru sambut merdeka.. Malu mula-mula buat solat hajat..lepas tu..siap bawa band rock lagi..tu

'Ini Amalan Songsang' : Nasrudin Tantawi Terus Bidas Anwar

Image
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi terus mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengamalkan nepotisme dengan mempertahankan keputusan memilih isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor. Beliau turut mempersoalkan sama ada amalan nepotisme kini dibenarkan dalam politik Pakatan Rakyat (PR) walhal ianya pernah mendapat kecaman hebat ketika Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat satu ketika dahulu. "Sewaktu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar Negeri Kelantan, menantunya Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman pernah dikritik hebat kerana dilantik sebagai CEO PMBK pada tahun 2009 dan akhirnya membawa kepada pengunduran beliau. "Istilah nepotisme menjadi asas kritikan. PAS Pusat menasihati Kelantan dan Ariffahmi akur. "Apakah selepas 5 tahun, Nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini? Atau nepotisme hanya untuk Ariffahmi menantu Tuan G

Polis bantuan ditahan kerana lepaskan penumpang bawa objek mirip senjata api dalam pesawat

Image
PUTRAJAYA: Seorang anggota polis bantuan di KLIA2 ditahan reman sehingga Selasa ini kerana disyaki melepaskan seorang penumpang yang membawa masuk objek menyerupai senjata api ke dalam pesawat. Ketua Polis Daerah Sepang ACP Mohd Yusoff Awang berkata suspek yang berumur 29 tahun itu ditahan di KLIA2 pada 3.30 pagi tadi. "Kita menyiasat kes ini di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960," katanya ketika dihubungi Bernama. Mengulas lanjut, beliau berkata pada Rabu lepas kira-kira pukul 7.40 petang, suspek bersama-sama enam lagi anggota polis bantuan memeriksa bagasi seorang pelajar kolej swasta warga Rusia dan menemui replika berbentuk bom serta pemetik api menyerupai pistol dan pisau. Pelajar itu mendakwa objek berkenaan dibeli di sebuah kedai di Sunway Pyramid sebagai cenderahati dari Malaysia dan suspek melepaskannya menaiki pesawat tanpa membuat laporan polis. "Namun selepas tiga hari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden itu tersebar bar

PKR Selangor Serang Rafizi Pemimpin Angkuh, Sombong

Image
KUALA LUMPUR 29 Ogos - PKR Selangor menyifatkan Naib Presiden parti, Rafizi Ramli sebagai pemimpin yang angkuh dan sombong ekoran kenyataannya yang meminta kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di negeri itu membuat kenyataan terbuka menarik diri daripada sebarang pencalonan sebagai Menteri Besar. Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, tindakan Ahli Parlimen Pandan itu secara jelas menghina krelibiliti pimpinan PKR Negeri. “Saya berpandangan tidak perlu saya dan rakan-rakan ADUN diarah tarik diri kerana kami bukanlah orang yang dicalonkan sebagai MB. “Cabaran beliau dilihat menghina kami, seolah olah kami tidak ada pendirian. “Soalannya saya, siapa Rafizi yang hendak menyuruh saya membuat itu dan ini? Jika beliau mempunyai cadangan yang difikirkan baik, bawalah ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat untuk kita bincangkan dan membuat keputusan. “Ia jelas mempamerkan sikap seorang yang angkuh dan bongkak,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini. Isu ini mu

Adakah Mohon Derhaka Akan Berlaku Di Selangor?

Image
Kita disajikan dengan senario seolah-olah Anwar cuba menderhaka kepada Sultan Selangor dengan melanggar titah perintah baginda agar setiap parti dalam pakatan rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP mengemukakan lebih dari dua calon Menteri Besar Selangor. Anwar tetap senada dengan DAP yang masih juga mahu mencalonkan Wan Azizah sahaja sebagai bakal Menteri Besar Selangor. Manakala PAS pula mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan rayuan Anwar Ibrahim dan tetap bertegas bahawa parti itu akan mengemukakan dua nama kepada istana Selangor untuk jawatan Menteri Besar. Dalam isu Menteri Besar Selangor ini nampaknya hanya PAS sahaja yang akan mematuhi titah pemerintah Baginda Sultan. Mereka faham bahawa pakatan rakyat tidak boleh dilihat sebagai memaksa istana dengan bertindak mengemukakan hanya satu nama sahaja. Namun bagi PKR dan DAP mereka seolah-olah berpendapat bahawa kuasa Sultan perlu disanggah. Beberapa kenyataan telah dikeluarkan oleh peguam yang berpihak pada mereka dan seorang y

Mat Taib Perli PAS, Jangan 'sentimen Allahu Akbar' sahaja...Bertopengkan PAS Mamat Ni

Image
Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengingatkan PAS tidak mengambil jalan mudah meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana sekiranya berbuat demikian, parti Islam itu akan mengalami kekalahan yang lebih besar di Selangor. Bekas menteri besar Selangor itu berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina telah memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR. "PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita 'sentimen Allahu Akbar' sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi. "Jika kita silap percaturan, PR akan menang dan PAS yang tidak dapat undi. Jika ada pilihan raya di Selangor, saya ingat kurang-kurang PAS akan kalah 10 (kerusi)," katanya dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam hari ini. PAS sebelum ini mengambil pendirian yang berlainan dengan PR apabila memilih untuk memberi lebih nama calon menteri besar kepada Sultan Sela

SUNGGUH HINANYA PAS.....Jom Baca Dulu

Image
Saudara Lim Kit Siang yang dihormati. Pertama saya memohon maaf kerana tidak tahu apakah yang patut saya panggil saudara. Kalau mengikut budaya dan adab Melayu, saya sepatutnya memanggil saudara ayahanda atau sekurang-kurangnya pakcik kerana umur sudah hampir sama dengan arwah bapa saya. Tetapi menghormati panggilan yang digemari dalam parti saudara, DAP, saya membahasakan diri tuan saudara. Saya mula bekerjasama rapat dengan parti saudara, iaitu DAP pada 2000 lagi. Ketika itu, akhbar tempat saya bekerja Harakah dihadkan pengeluarannya oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) daripada 2 kali seminggu ke 2 kali sebulan. Sedangkan dalam masa yang sama DAP mempunyai empat permit iaitu Roket Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan Melayu. Ini bermakna, Roket berhak diterbitkan 4 kali sebulan berbanding dengan Harakah hanya 2 kali sebulan. Dalam pilihan raya umum pada 1999, DAP mendapat pukulan besar apabila ditolak pengundi ketika orang Melayu berpindah sepenuhnya kepada PAS ekoran t

Isteri Calon Tunggal MB: Sikap Kuku Besi Anwar Ibrahim Terserlah

Image
Tindakan Anwar Ibrahim yang berkeras mahu meletakkan nama isterinya, Datin Seri Wan Azizah sebagai satu-satunya calon bagi Pakatan Pembangkang bukan sahaja memperlihatkan beliau ingkar terhadap arahan Sultan, tetapi juga bersikap kuku besi yang hanya mementingkan diri dan kepentingan politik peribadinya sahaja. Malah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi sendiri secara sinis membidas tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencalonkan isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon tunggal menteri besar Selangor.Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, ada pendapat tokoh ulama yang menolak wanita menjadi pemimpin utama bagi kerajaan negeri. “Berdasarkan nas dan khilaf perbahasan ulama melantik wanita bagi mengetuai sebuah kerajaan negeri sebagai perkara biasa. “Tetapi apabila ada pihak yang hanya mahu isterinya sahaja menjadi menteri besar bagi sebuah kerajaan negeri tanpa khilaf dan tidak perlu diperbahaskan lagi kerana ia keputusan ya

Siapa Rafizi nak arahkan itu dan ini – PKR Selangor

Image
PKR Selangor melalui Ketua Penerangannya yang juga merukan ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei mempersoalkan siapakah Rafizi yang mahu mengarahkan Adun-adun PKR di Selangor menarik diri sekiranya mereka dicalonkan sebagai MB Selangor. icccmagesKatanya lagi cabaran Rafizi itu merupakan penghinaan kepada mereka seolah-olah mereka semua tiada pendirian.Shuhaimi juga menegaskan tindakan semua ADUN PKR di Selangor sudah menandatangani akuan berkanun (SD) menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar, yang menurutnya sudah cukup untuk membuktikan sokongan. “Soalannya saya, siapa Rafizi yang hendak menyuruh saya membuat itu dan ini? Jika beliau mempunyai cadangan yang difikirkan baik, bawalah ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat untuk kita bincangkan dan membuat keputusan,” kata Shuhaimi lagi. “Amaran saya kepada Rafizi, hentikan segera sikap tergopoh-gapah beliau. Ia bakal menyerlahkan sikap sebenar seorang anak muda yang gelojoh dan mempun

LAGI PEMIMPIN PAS HENTAM ANWAR SECARA TERBUKA!!!

Image
 Tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencalonkan isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disindir Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan. Nasrudin dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebooknya membidas tindak-tanduk Anwar yang berkeras mahu mencalonkan Wan Azizah."Terdapat pihak ( khasnya alim ulamak ) yang menolak seorang wanita menjadi pemimpin utama (Menteri Besar) berdasarkan nas dan khilaf perbahasan ulamak bagi sebuah kerajaan negeri adalah PERKARA BIASA. "Tetapi, apabila terdapat pihak yang hanya mahu isterinya sahaja menjadi Menteri Besar bagi sebuah kerajaan negeri tanpa khilaf dan tidak perlu diperbahaskan lagi kerana ia keputusan yang muktamad, maka ini adalah LUAR BIASA," katanya. Kenyataan itu dibuat ekoran keputusan PKR dan DAP yang tetap mahu menamakan Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon Menteri Besar Selangor yang baharu biarpun pihak Istana menitahkan supaya parti-parti dalam Paka

Strategi Puak Anwarinas Jatuhkan Hadi Awang

Image
Ramai yang tidak tahu bagaimana PAS boleh terjebak dengan Anwar Ibrahim dan akhirnya menjadi pecacai PKR atau lebih tepat lagi, Anwar Ibrahim dan seterusnya DAP. Semuanya bermula pada tahun 2003 menerusi pembabitan aktif kumpulan Anwarinas atau lebih tepat lagi digelarkan sebagai Parasit PAS. Kumpulan tersebut telah berjaya menjebak dan menjerat Presiden PAS, Hadi Awang agar akur dan tunduk kepada Anwar Ibrahim menerusi KERTAS KERJA AMANAT PRESIDEN PAS - STRATEGI 2 LAPIS. Strategi 2 Lapis yang dimaksudkan adalah strategi untuk melunakkan PAS dengan PKR dan kemudian mengiktiraf Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dalam Konvensyen Pilihanraya PAS yang diadakan di Bangunan Biro Perkhidmatan Angkasa Kelana Jaya pada tahun 2003, Hadi Awang telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk AMANAT PRESIDEN STRATEGI 2 LAPIS. Kertas kerja tersebut sebenarnya disediakan dan disiapkan secara penuh muslihat oleh kumpulan pro-Anwar Ibrahim dengan penulis utamanya adalah Dr. Dzulk

KDN SANGGAH APABILA GENERAL PPS LIM GUAN ENG PERTAHANKAN PPS DAN TUDUH IGP TAK WARAS..!!

Image
Ketua Menteri Pulau Pinang General PPS Lim Guan Eng mendakwa IGP tidak menggunakan akal yg waras apabila mahu menyiasat PPS. General PPS Lim Guan Eng dakwa atas kuasa kerajaan DAP Pulau Pinang mereka bebas menubuhkan apa2 pertubuhan dan turut menyamakan pertubuhan seperti JKKK. Perlu diingatkan kpd General PPS Lim Guan Eng...JKKK mereka tidak pukul org awam dan wartawan.JKKK juga tak bawa senjata rotan dan cota.JKKK juga tidak gantung bendera DAP,tutup jalan,halang lalu lintas. JKKK juga tidak berkempen sehingga dlm pusat membuang undi..!! General PPS Lim Guan Eng terbukti mempertahankan sebuah pertubuhan haram yg berlagak seperti Polis.Malah kerajaan negeri DAP Pulau Pinang terbukti menyalurkan wang berjuta ringgit wang rakyat kpd PPS ini. KERAJAAN TIDAK MEMBENARKAN MANA2 NEGERI DLM MALAYSIA MENUBUHKAN PASUKAN KESELAMATAN MEREKA SENDIRI KERANA SOAL KESELAMATAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KERAJAAN PERSEKUTUAN,KATA TIM MENTERI DLM NEGERI DATUK DR WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR. BELIAU BE

Polis akan tangkap ahli PPS yang berdegil teruskan aktiviti..KM Penang Tangkap Dulu Tu

Image
Polis akan melakukan tangkapan terhadap ahli Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) tajaan DAP di Pulau Pinang jika sekiranya mereka masih melakukan aktiviti, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Ini berikutan pertubuhan itu telah diklasifikasikan haram oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). “Kita menasihati agar PPS tidak meneruskan aktiviti mereka dan jika berdegil, tindakan tegas termasuklah menangkap mereka akan diambil,” katanya pada majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Jumaat. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mencabar polis untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang mempertikaikan PPS. Sebelum ini, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan mendesak DAP menjelaskan status sebenar PPS yang dikaitkan dengan berbagai aktiviti parti tersebut. Keadaan itu menimbulkan tanda tanya memandangkan an

Golongan konservatif dalam PAS serang Khalid Samad

Image
Golongan konservatif dalam PAS menyerang balas kenyataan AJK PAS Pusat Khalid Samad yang mencabar anggota parti itu yang tidak setuju dengan Pakatan Rakyat (PR) keluar PAS. Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, kenyataan Khalid itu tidak relevan kerana bukan keputusan parti dan ahli PAS di Perak tidak perlu terkesan dengan kenyataan tersebut. “Kedudukan bersama PR diputuskan dalam muktamar, persidangan agung Majlis Tertinggi dalam hierarki pembuat keputusan dalam PAS dan dipersetujui Majlis Syura Ulama. “Kita bersama dalam PR atas konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik) berteraskan kepada konsep bersetuju di atas perkara yang tidak dipersetujui,” katanya dipetik Sinar Harian. Manakala, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad berkata, kenyataan tidak munasabah kerana anggota parti yang menolak tahaluf siyasi boleh mengusulkan cadangan penambahbaikan dalam muktamar parti. “Selepas mendapat keputusan dalam perbincangan di muktamar, PAS Pusat boleh saja membatalkan t