Zulkifli Noordin : Guan Eng Biadap Hina Kalimah Allah

BERIKUT MERUPAKAN KENYATAAN DATUK ZULKIFLI NOORDIN YANG MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA PENDIRIAN KETUA MENTERI PULAU PINANG LIM GUAN ENG MEMBENARKAN BUKAN ISLAM MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH

Saya mengutuk keras kenyataan Lim Guan Eng bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah di Pulau Pinang kononnya kerana tiada peruntukkan melarangnya dalam enakmen syariah negeri!

Walaupun tiada peruntukkan dibawah Enakmen Syariah Pulau Pinang sebagaimana Seksyen 9 Enakmen Selangor yg jelas melarang penggunaan kalimah Allah, namun kenyataan Guaneng boleh dikenakan tindakan dibawah peruntukkan:

1. Akta Hasutan;
2. Seksyen 298A Kanun Kesikaaan;
3. Seksyen 505 Kanun Kesiksaan.

Alasan-alasannya adalah seperti berikut:

1. Fatwa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan jelas melarang penggunaan kalimah Allah oleh non Muslim dalam negara ini;

2. Keputusan Mahkamah Rayuan dalam The Herald jelas menyatakan penggunaan kalimah Allah bukan sebahagian drpd intipati kepercayaan kristian;

3. Perkara 11 (4) Perlembagaan jelas menghalang pendakyahan agama lain terhadap umat Islam.

Atas fakta2 diatas, sebarang kenyataan atau perlakuan atau tindakan menggalak atau menyuruh orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah:

1. Satu bentuk hasutan (Akta Hasutan);

2. Akan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan, benci membenci, memudharatkan keadaan harmoni dan perpaduan antara orang Islam dengan bukan Islam (Seksyen 297A KK);

3. Boleh menyebabkan orang bukan Islam melakukan suatu kesalahan terhadap ajaran Islam yg boleh mengapi-apikan permusuhan dan mencetuskan ketakutan atau kegentaran awam (Seksyen 505 KK).

Adalah jelas kenyataan Guan Eng adalah satu tindakan provokatif, biadap dan tidak bertanggungjawab, dan boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati dikalangan umat Islam yang jika tidak dikawal boleh memudaratkan keamanan, keselamatan dan keharmonian antara agama dan kaum dalam negara ini.

Saya mendesak supaya suatu siasatan polis dibuat dengan segera terhadap kenyataan Guan Eng itu dan jika ada unsur-unsur perlakuan jenayah maka tindakan pendakwaan mesti diambil segera!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana