Wira Perkasa : Guan Eng Cabar Kesabaran Umat Islam

IPOH 19 Dis - Wira Perkasa dan 5 wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perak membuat bantahan secara aman di hadapan pejabat DAP Perak berhubung kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai penggunaan Kalimah ALLAH  di sini, hari ini.

Exco Wira Perkasa, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata, kenyataan Setiausaha DAP itu bukan sahaja tidak sensitif malah telah mencabar umat Islam di Malaysia.

“Kenyataan beliau itu telah menyinggung perasaan  serta mencabar kesabaran umat Islam. Oleh itu, perhimpunan ini diadakan  sebagai membantah apa yang dikatakan beliau mengenai isu sensitif berkenaan,” jelasnya lagi.

Beliau menjelaskan, pemimpin pembangkang tersebut telah mencabar Perlembagaan negara pekara 11(4) dan beliau juga telah menidakkan kuasa  Yang Dipertuan Agong mengenai Agama Islam.

“Tidak wajar bagi ketua pembangkang itu terus memprovokasi umat Islam dengan kenyataan sedemikian dan sekiranya ingin berpolitik teruskan, tetapi jangan sesekali menyentuh isu berkaitan Islam,” katanya.

Ujarnya lagi, setiap individu yang bertindak ingin mencabar umat Islam dengan menyentuh penggunaan kalimah Allah haruslah menghormati keputusan mahkamah dan perasaan umat Islam serta terus mengekalkan perpaduan.

“Sekiranya masih berulang perkara ini kami akan mengadakan perhimpunan yang lebih besar dan akan ke pejabatnya sendiri di Pulau Pinang,” tegasnya lagi.

Perhimpunan yang disertai Wira Perkasa, Majlis Ayahanda-ayahanda Perak (MAAP), Persatuan Merong Wangsa, Persatuan Anak-anak Perak, Persatuan bekas tentera telah menyerahkan memorandum yang menegaskan bantahan terhadap tindakan pembangkang itu.

Selain itu meminta supaya tidak mengulangi kenyataan isu berkenaan dan menekankan mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaaan mengenai Kalimah Allah adalah milik umat Islam serta Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan mengenai penggunaan kalimah Allah .

Sementara itu menurut Ketua Penerangan MAAP, Datuk Halim Ramli pula, tindakan berhimpun ini adalah baru i peringkat permulaan dan meminta agar pihak DAP tidak mengulangi perkara itu lagi.

“Agama lain orang Islam tidak pernah campur…maka, dalam hal ini kata beri amaran keras…tolong dan kami harapkan pihak berkenaan jangan campur dalam urusan agama kami,” katanya.

Perhimpunan yang disertai hampir 100 orang itu, turut menyebabkan berlaku sedikit kekecohan apabila wakil DAP berkenaan hampir ditumbuk oleh salah seorang peserta bantahan yang gagal mengawal emosi ketika ingin menyerahkan memorandum berkenaan.

Sementara itu di GEORGETOWN, satu demonstrasi turut dianjurkan beberapa NGO di hadapan Komtar membantah tindakan biadap Guan Eng.

Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Azudin, yang mengetuai kumpulan itu berkata, pihaknya menuntut agar Guan Eng dihadapkan ke muka pengadilan sekaligus dipenjarakan atas tindakan menghina kalimah ALLAH dengan membenarkan ianya digunakan kepada bukan Islam sewenang-wenangnya.

"Allah adalah milik umat Islam, bukan Islam tidak mempunyai hak untuk menggunakan kalimah Allah," katanya ketika berucap di hadapan ratusan peserta perhimpunan itu.

Turut kelihatan beberapa bekas pemimpin PAS termasuk bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Hafiz Nordin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana