USUL MANSUH AKTA HASUTAN TINDAKAN KURANG AJAR....PR...KAN BODOH TU

Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mencadangkan Akta Hasutan 1948 dimansuhkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa.

Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan, Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, pemansuhan akta tersebut sepatutnya mendapat perkenan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu.

Menurutnya, pemansuhan Akta Hasutan juga di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan tindakan PKR Selangor itu jelas cuba menjadikan isu berkenaan sebagai mainan politik.
“Ini satu kesalahan dan boleh diambil tindakan. Speaker DUN, Hannah Yeoh tidak sepatutnya membenarkan perkara ini dibahaskan dalam dewan.

“Apa yang mengejutkan, Hannah Yeoh ialah bekas peguam dan beliau sepatutnya tahu perkara ini tidak boleh dibahaskan dalam DUN. Ini adalah satu tindakan yang kurang ajar,” katanya dalam sidang akhbar sempena Taklimat Gerakan Renaisans Melayu, di sini hari ini.

Taklimat itu sebagai persediaan menjelang kemuncak Perhimpunan Renaisans Melayu pertama yang menyasarkan kehadiran 20,000 peserta di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 10 Januari depan.

DUN Selangor hari ini meluluskan usul membahas pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku daripada DAP, Lau Weng San.

Sementara itu, Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr. Hasan Mad berkata, pihaknya akan menghantar memorandum kepada kerajaan supaya meminta kebenaran daripada Majlis Raja-Raja meminda akta tersebut diperkuatkan.

Jelasnya, pihaknya juga akan menghantar memorandum kepada Peguam Negara bagi mendesak tindakan tegas diambil ke atas mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah akta tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana