Timb. Speaker II : PAS, BN Selangor Bantah Cadangan DAP

KUALA LUMPUR 2 Dis - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS dan Barisan Nasional (BN) menolak cadangan DAP agar diwujudkan jawatan timbalan speaker kedua untuk DUN Selangor.

ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi berkata, jawatan speaker daripada DAP dan timbalannya daripada PAS sudah memadai.

"Keperluan timbalan speaker ini hanya untuk waktu bersidang sahaja. Yang sedia ada sudah cukup efektif. Jadi, untuk seorang lagi timbalan speaker tidak perlu.

"Daripada guna duit itu untuk bayar (gaji) timbalan speaker, lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya memetik laporan Malaysiakini hari ini.

Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Shamsudin Lias pula berkata, tindakan DAP menuntut jawatan timbalan speaker menunjukkan parti itu tamak kuasa.

Shamsudin yang juga ADUN Sungai Burong dilaporkan mempersoalkan keperluan mewujudkan jawatan timbalan speaker kedua dan menganggap ia membazirkan wang rakyat.

"Saya nak nyatakan bahawa DAP ini tamak kuasa. Dah ada speaker daripada DAP, nak pula timbalan speaker. Apa lagi dia nak?

"Saya rasa tak perlu (jawatan timbalan speaker kedua). Sebab jika tidak, kuranglah tugas mereka (speaker dan timbalan speaker) sebab nanti akan dibahagi tiga, malah membazirkan wang rakyat," katanya.

Isu ini timbul selepas Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menyuarakan hasrat untuk melobi jawatan timbalan speaker kedua selepas PAS memenangi jawatan itu melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN minggu lalu.

Sementara itu, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan, perkara berhubung pertambahan jawatan timbalan speaker tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

Katanya, buat masa ini, beliau menyokong jika mengekalkan kuota jawatan yang sedia ada tanpa perlu menambah seorang lagi timbalan speaker.

"Isu itu tidak timbul sebab setakat ini kita tidak ada berbincang untuk perkara itu (jawatan timbalan speaker kedua) diadakan. Buat masa ini kita kekalkan apa yang ada pada hari ini iaitu satu timbalan speaker sahaja.

"Sistem sekarang sudah terbaik. Jadi, pada saya untuk masa sekarang tidak ada keperluan untuk tambah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana