Tidak Perlu Ekstradisi Alvin - Menteri..Ha Ha Biar Mamat Ni Meroyan..Status Pendatang Haram

KUALA LUMPUR 11 Dis - Kerajaan tidak berhasrat membawa balik blogger kontroversi Alvin Tan, sebaliknya akan membiarkan negara tempat blogger itu berada mengambil tindakan undang-undang ekoran statusnya kini adalah pendatang haram, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata blogger itu kini adalah pendatang haram di negara beliau berada berikutan Jabatan Imigresen  menarik balik pasport Malaysia Antarabangsa Tan berkuat kuasa 9 Disember lepas.

"Saya amat bersetuju dengan tindakan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi)  tidak payah buat proses (permohonan ekstradisi), biar dia jadi pendatang haram di tempat dia berada sekarang.

"Atas negara tersebutlah untuk mengambil tindakan kepada dia sebagai pendatang haram dan kalau negara tersebut memikirkan dia tidak layak diterima menjadi penghuni di negara tersebut, dia akan secara sendirinya minta kita bawa dia balik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Negeri Sembilan di Seremban hari ini. Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Isnin lepas, Jabatan Imigresen mengumumkan  pasport Malaysia Antarabangsa Tan dan aktivis politik Ali Abdul Jalil ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

Tan atau nama sebenarnya Tan Jye Yee melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan perlindungan politik dan mengelak daripada ditahan pihak berkuasa di Malaysia atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan termasuk di bawah Akta Hasutan kerana mempersendakan agama Islam dan bulan Ramadan serta mempersendakan institusi beraja melalui laman Facebooknya.

Ali pula melarikan diri ke Sweden bagi mendapatkan perlindungan politik. Ali berdepan tuduhan menghasut kerana menghina institusi Raja di negara ini melalui laman Facebooknya.

Sementara itu, Mohamad berkata majlis hari ini menyaksikan seramai 300 penerima pingat yang  berjasa kepada negara semasa zaman prakemerdekaan.

"Di negeri ini, ada lebih kurang 8,000 orang bakal menerima pingat dan kita akan buat secara berperingkat," katanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana