Terbaik Dari MB Terengganu...Untuk Pastikan Rakyat DiUtamakan.

KUALA TERENGGANU 8 Dis. - Kerajaan negeri di bawah kepemimpinan baharu yang diterajui Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini membentangkan Bajet 2015 dengan anggaran peruntukan sebanyak RM2.37 bilion daripada RM2.4 bilion hasil yang dijangka diperoleh.

Bertemakan Melestarikan Budi Memacu Tranformasi, bajet yang kadarnya lebih tinggi berbanding RM2.20 bilion tahun lalu dirangka dengan mengambil kira pandangan dan kemahuan rakyat melalui pelbagai saluran termasuk pembangkang.

Menurut Menteri Besar, langkah dan pendekatan dirancang bagi mengurangkan bebanan dan meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat serta keberkesanan pemba­ngunan negeri agar dapat memberikan manfaat le­bih besar dan berterusan.

Ketika berucap membentangkannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri di sini, Menteri Besar menyifatkan perancang­an yang akan diterjemahkan itu mendukung proses pembaharuan (islah) melalui agenda Tansformasi Terengganu baharu (TTB).

Ahmad Razif menegaskan, Bajet 2015 digerakkan dengan empat strategi iaitu memperkasakan sistem penyampaian kerajaan; memantapkan pembangunan modal insan; meningkatkan kualiti hidup rakyat dan merancakkan ekonomi negeri.

“Kerajaan akan meneruskan da­sar pengurusan bajet lebihan (surplus). Oleh itu, perbelanjaan sebanyak RM2.37 bilion daripada 2.4 bilion anggaran hasil yang bakal diperoleh adalah perlu demi menjana pembangunan dan memastikan matalamat kese­jahteraan rakyat tercapai.
“Bagi melaksanakan semua stra­tegi Bajet 2015, kerajaan mencadangkan peruntukan RM2.37 bili­on untuk Perbelanjaan Mengurus, RM1.24 bilion untuk pembangunan dan RM19.88 bilion untuk Kumpulan Wang Bekalan Air.

“Di bawah Perbelanjaan Mengurus, sebanyak RM128.8 juta diperuntukkan bagi Perbelanjaan Tanggungan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang dan sejumlah RM2.241 bilion untuk Perbelanjaan Bekalan,” ujar beliau.

Katanya, di bawah Perbelanjaan Bekalan pula, sebanyak RM1.612 bilion diperuntukkan untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, RM267.4 juta untuk perbe­lanjaan Emolumen, RM218.05 juta untuk Perkhidmatan dan Bekalan, RM42.67 juta untuk Aset dan RM101.6 juta untuk lain-lain perbe­lanjaan.

Menurut beliau, di bawah komponen Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, sejumlah RM600 juta akan dicarumkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan bagi me­laksanaan projek-projek pembangunan, RM220.25 juta bagi pemberian kepada pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun, RM447.98 juta bagi pemberian kepada pelbagai agensi dan kumpulan wang.

Katanya, di samping itu, seba­nyak RM53.30 juta bagi bantuan kebajikan di Bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan RM290.27 juta bagi pelbagai program yang memberi impak terus kepada rakyat.
Bagi peruntukan pembangunan pula, sejumlah RM699.8 juta adalah untuk sektor sosial meliputi subsektor pendidikan, pembangunan ma­syarakat, perumahan, pemba­ngunan bandar dan luar bandar, kerajaan tempatan, sukan dan kesihatan.

Sebanyak RM335 juta disediakan untuk sektor ekonomi yang terdiri daripada subsektor pelancongan, pertanian, industri kecil dan sederhana di samping prasarana awam manakala RM201.3 juta bagi sektor pentadbiran meliputi subsektor pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi, pentadbiran am dan projek khas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana