Sultan Selangor MURKA lucut gelaran 'Datuk Seri' pada Anwar Ibrahim

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis MELUCUTKAN gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Anwar Ibrahim pada tahun 1992.
Ini dipercayai berkaitan dengan sikap derhaka Anwar yang juga Ketua Pembangkang.

Istana Selangor dalam satu kenyataan pagi Khamis memberitahu perlucutan gelaran tersebut berkuatkuasa 3 November lalu.

Menurut Istana Selangor keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar kerana beliau "berulang kali mempersoalkan integriti Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam krisis Menteri Besar baru-baru ini."

"Sultan, selepas berunding dengan Majlis Diraja Selangor, telah memutuskan bahawa anugerah kehormat yang membawa gelaran 'Datuk Seri' kepada Anwar Ibrahim, dibatalkan berkuatkuasa 3 November, selaras dengan kuasa Sultan untuk memberi anugerah seperti yang termaktub dalam perlembagaan negeri.

"Keputusan ini adalah berdasarkan tindakan Anwar mempersoalkan berulang kali kewibawaan Sultan Selangor dan institusi diraja dalam menyelesaikan MB krisis Selangor, serta menyoal Baginda berkaitan isu-isu membabitkan agama Islam," kata Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Mohamad Munir Bani.

Tambahnya, tindakan dan tingkah laku yang penasihat PKR itu menunjukkan bahawa dia tidak layak lagi untuk memegang apa-apa pingat.

Sementara,Anwar dalam satu kenyataan mengulas pelucutan gelararan itu kata beliau akan terus berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Difahamkan beliau masih ''Datuk Seri' kerana masa dalam kerajaan dulu ada terima gelaran itu dari beberapa negeri lain selain Selangor .

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana