Sindiran di Twitter : 'Datin Seri' Anwar...Padan Muka
KUALA LUMPUR 4 Dis - Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menjadi perhatian di laman twitter memberi respons terhadap keputusan pihak Istana Selangor melucutkan pingat gelaran 'Dato Seri' terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar.
Beliau dengan nada sinis menggelar 'Datin Seri' terhadap Ketua Umum PKR itu.
“Jika tak salah, isterinya Dr Wan Azizah (Wan Ismail) juga ada 'Datuk Seri.
"Jadi kamu masih boleh panggil DSAI, Datin Seri Anwar Ibrahim. Relax ya,” tulisnya di Twitter.
Keng Liang turut menggesa Anwar agar tidak bimbang dengan reputasi berikutan gelaran isterinya itu yang didakwa sebagai satu “anugerah tuhan”.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini telah melucutkan gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Anwar Ibrahim pada tahun 1992.
Menurut kenyataan Istana Selangor, keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar kerana beliau berulang kali mempersoalkan integriti Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam krisis Menteri Besar baru-baru ini.

Comments