Sidang khas DUN Kelantan diputuskan esok, Agus persoal kelewatan MB...Kau Pandai MEngkritik Saja.

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata pihaknya akan membuat keputusan rasmi esok berhubung sidang Khas DUN yang dijadualkan berlangsung pada 29 Disember ini.

Menurut beliau, perkara itu akan diumumkan selepas diadakan perbincangan peringkat kerajaan negeri sama ada akan meneruskan atau menangguhkan sidang khas itu kepada tarikh lain.

"Insya-Allah kita akan ikhtiarkan nanti selewatnya esok kita putuskan sama ada kita teruskan ataupun tidak.

"Ya, esok kita akan umumkan sama ada tak buat atau teruskan, insya-Allah," katanya kepada Antarapos.

Bagaimanapun, penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof mempertikaikan perkembangan itu sebagai tidak wajar.

"Dengan banjir yang masih menenggelamkan bandar Kota Bharu serta sibuknya para wakil rakyat membantu mangsa banjir di kawasan masing-masing, saya hairan mengapa Menteri Besar belum lagi mengumumkan penangguhan sidang khas DUN ini," soalnya menerusi laman sosial Facebooknya.

Justeru, Agus menggesa pentadbiran kerajaan negeri Kelantan lebih efektif dalam membuat keputusan dan menjadikan musibah yang menimpa rakyat negeri itu sebagai fokus utama dan bukannya sibuk berpolitik.

"Sampai masanya kerajaan perlu cepat bertindak membuat keputusan dalam hal negeri ditimpa musibah begini. Mari semuanya kita bersama rakyat dahulu.

Selepas ini, kita sambunglah bincangkan soal pindaan enakmen ini," tegasnya menerusi laman facebooknya, hari ini.

Kelantan sebelum ini mengumumkan akan mengadakan sidang khas DUN negeri itu, 29 Disember ini, bagi meminda enakmen berkaitan perundangan Islam itu, meskipun mendapat bantahan sekutu politiknya DAP.

Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Datuk Norzula Mat Diah memberitahu Antarapos semalam bahawa sidang khas DUN itu mungkin tidak dapat diadakan, Isnin ini.

ia berikutan keadaan banjir yang makin teruk dan banyak jalan raya di negeri itu ditutup untuk lalu lintas.

Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi melibatkan 32,343 orang, diikuti Terengganu (28,991), Pahang (24,316), Perak (4,335) dan Perlis (265).

Pertambahan mangsa berlaku di Tanah Merah dan Kota Bharu, dan ibu negeri Kelantan itu kini lumpuh akibat limpahan Sungai Kelantan sejak semalam.

Selain kedua-dua jajahan itu, mangsa banjir tersebut membabitkan tujuh lagi jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tumpat.

Sebanyak 15 lagi laluan ditutup pagi ini akibat banjir, menjadikan keseluruhan 37 laluan di Kelantan ditutup kepada lalu lintas berikutan banjir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana