SIAPA ORANG JABATAN PERIKANAN YANG BUAT KEPUTUSAN KENAKAN LESEN PEMANCING SEBAB PANTAS BETUL PECACAI PAKATAN JADIKAN MODAL?

 Musuh dalam selimut yang hidup mereka, kebajikan mereka, bahkan kesenangan mereka dibiayai oleh pendapatan dari sektor awam, bukanlah satu perkara asing. Bukan juga satu fitnah. Malahan ungkapan, 'kami kerja dengan kerajan bukan dengan UMNO. Duit kerajaan adalah duit rakyat,' juga bukanlah satu perkara yang dianggap pelik, 'rare' atau pun istilah kuno yang digunapakai pada zaman moden ini.

Golongan yang terlupa bahawa kerajaan yang jadi majikan mereka, waimma kerajaan itu dari Pakatan Rakyat yang mereka cintai, sukai, taksubbi dan gilai pun, mempunyai satu persamaan yang sangat jelas.... berhak mengenakan tindakan, gantung tugas atau pun pemecatan.

Barangkali disebabkan UMNO-BN yang menjadi kerajaan dan tindakan pemecatan kurang dilakukan ke atas kakitangan awam, maka ungkapan-ungkapan seperti itu, biasa kita dengar dan keangkuhan sebahagian besar kakitangan awam, juga dapat dilihat dengan mudah.
Semalam, satu berita membabitkan Jabatan Perikanan telah dibuat. Para pemancing dikehendaki mempunyai lesen untuk memancing. Alasannya untuk mengekalkan populasi ikan selain mengawal jenayah perikana yang lain.

Secara dasarnya, ini adalah amalan yang sudah lama dipraktikkan di negara-negara maju. Bukan sahaja pemancing dikenakan lesen, bahkan tangkapan juga perlu mengikut kuota dan tidak boleh berlebih-lebihan sehingga merosakkan alam semulajadi sepertimana yang berlaku di Malaysia.

Malaysia juga sebenarnya ada undang-undang tersebut, tetapi tersangat jarang kita mendengar tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Perikanan. Kisah bot tunda melanggar kawasan, kisah bot pukat jerut memasuki kawasan nelayan pesisir, kisah kemusnahan terumbu, kisah penangkapan ikan dengan menggunakan pukat rimau dan sebagainya, bukanlah cerita-cerita luar biasa. Ia kerap berlaku dan masih lagi berlaku.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana