Selangor Teruskan Sambutan Ambang 2015

SHAH ALAM 25 Dis - Kerajaan Selangor akan meneruskan sambutan ambang tahun baru, 31 Disember ini sungguhpun terdapat beberapa pihak menggesa sambutan tersebut dibatalkan.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, Selangor akan meneruskan sambutan tersebut namun dalam skala sederhana.

"Ya (teruskan) sederhana, tetapi bantuan mangsa banjir tidak akan kita lupakan," katanya kepada pemberita selepas Program Gunting Rambut Percuma dan Sumbangan Peralatan Sekolah di Keramat AU3 di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, sambutan itu akan menekankan hiburan yang mempunyai mesej dan berbentuk kebudayaan seperti Merakyat Ekonomi Selangor, pameran seni, lukisan serta karya sastera.

"Ia ada mesej tertentu untuk mendidik rakyat bahawa sambutan diisi dengan semangat untuk bekerja lebih kuat," katanya.

Azmin berkata, beliau semasa membentangkan Bajet 2015 menekankan soal pembangunan holistik, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dalam bentuk kebudayaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana