Selangor hanya bebankan pembayar cukai jika mahu tambah kadar air percuma

KEPONG: Cadangan kerajaan Negeri Selangor yang mahu menaikkan pemberian air percuma kepada rakyat dibimbangi hanya akan membebankan pembayar cukai, kata Pengarah Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Tan Sri Rozali Ismail.

Jelasnya, ini kerana kos rawatan air sudah pasti akan meningkat dan kerajaan negeri akan menggunakan dana daripada rakyat yang membayar cukai-cukai untuk menanggungnya.

"Kalau kerajaan negeri bagi air percuma, tapi kena bayar kepada perawatan, mana kerajaan negeri nak ambil duit daripada cukai pintu.

"Kalau susah sangat bila dah murah, tapi masih ada pencemaran masih ada baik naikkan tarif air. Kosnya masih tetap kena bayar.

"Kalau air percuma menguntungkan pengguna, dapat faedah. Kalau saya pun saya nak. Peribadi tidak ada masalah tapi kos untuk menanggung," kata beliau selepas perasmian Majlis BPS River Fun Day yang sepatutnya disempurnakan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Bagaimanapun Azmin tidak hadir pada majlis tersebut dan digantikan dengan Exco Selangor, Zaidy Abdul Talib.

Pada sidang DUN baru-baru ini Azmin mengumumkan kerajaan negeri bercadang untuk meningkatkan kadar pemberian air percuma kepada rakyat sebanyak 20 meter padu.

Ini menjadikan jumlah pemberian nanti jika dilaksanakan selepas penstrukturan air dimuktamadkan September 2015 kepada 40 meter padu. Terkini rakyat Selangor diberi sebanyak 20 meter padu air percuma.

Justeru tambah Rozali, sepatutnya pengguna mempunyai kesedaran menggunakan air dengan bijak bagi mengelakkan sebarang penyusutan dan tidak terus berasa selesa dengan bekalan air yang sedia ada.

"Dari segi sebagai pengguna dan seorang professional kalau misalnya kita degil juga kotorkan sungai, kita kena ambil air daripada luar, loji sumbat, kalau misalnya pengguna, maknanya kalau murah pengguna seronok, tidak adil kepada pembayar cukai jika tidak ada kesedaran menggunakan air," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana