SEKALI LAGI TERBUKTI, PAKATAN RAKYAT MEMANG TUMPU USAHA JAHANAMKAN MELAYU-BUMIPUTERA DI IPTA!!!

 Haram tak sekali para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan DAP mengakui yang mereka sebenarnya dalam misi menjahanamkan para pelajar universiti, khususnya melibatkan pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera. Mereka sebaliknya mendabik dada kononnya untuk mengajar tentang kebebasan berpolitik.

Dan itulah sebabnya mereka yang paling kuat menentang AUKU sehingga AUKU dilupuskan oleh kerajaan yang terpedaya dengan taktik KESAMARATAAN dan KETERBUKAAN.

Kalau diperhatikan betul-betul, sasaran Pakatan Rakyat adalah para pelajar di IPTA-IPTA di seluruh negara. Lebih tepat lagi, mereka menjadikan IPT yang mempunyai jumlah pelajar Melayu-Bumiputera teramai. Dan yang sangat pasti, mereka tidak akan sama sekali mengacau mana-mana IPT yang dikuasai oleh pelajar-pelajar bukan Melayu dengan agenda politik.

Justeru, kelihatan sangat jelas niat sebenar Pakatan Rakyat yang tidak mahu para pelajar Melayu-Bumiputera terlibat dalam kecemerlangan akademik. Semakin kurang cemerlang akademik para pelajar Melayu, maka semakin mudahlah Pakatan Rakyat, khususnya DAP untuk mencapai matlamat menguasai negara ini.

Kerana itulah kita dapat melihat kesungguhan dan betapa beriltizamnya Pakatan Rakyat untuk menjahanamkan Melayu-Bumiputera terutama yang berada di bangku pengajian. Matlamat mereka mudah, perkenalkan isu sensasi dan kaitkan dengan perjuangan. Lebih menarik lagi, katakan dan dogmakan bahawa usaha mereka itu adalah untuk membela rakyat.

Jiwa Melayu-Bumiputera adalah PERJUANGAN. Melayu-Bumiputera telah lama berjuang di negara ini. Semenjak kali pertama negara ini diserang oleh penakluk-penakluk dari India pada zaman purba, penakluk dari Portugal, Siam, Belanda, Inggeris, Jepun, Sepanyol dan Amerika Syarikat, Melayu-Bumiputera terus mempertahankan tanah ini dengan darah dan keringat mereka. Perjuangan sudah lama berada dalam hati dan perasaan Melayu-Bumiputera.

Justeru, atas nama perjuangan dan demi semangat perjuangan itulah, Pakatan Rakyat mempergunakannya dengan sebaik-baik mungkin terhadap generasi muda Melayu-Bumiputera. Ini adalah kerana para psikologis Pakatan Rakyat sedar, dengan umpan politik dan perjuangan, generasi muda Melayu-Bumiputera sama seperti datuk nenek moyang mereka, sanggup meninggalkan segala kesenangan dan kemewahan dengan doktrin perjuangan. Biar bodoh, biar bangang, biar ketinggalan, generasi muda Melayu, mudah untuk menyalahkan pihak lain bagi kekurangan mereka walaupun hakikatnya yang ditipu adalah mereka, yang tertipu adalah mereka dan yang menyediakan diri untuk ditipu juga adalah mereka.

Perhatikan wajah-wajah pemimpin Pakatan Rakyat yang cuba menambahkan lagi sokongan dari kalangan pelajar-pelajar Universiti Malaya kepada mereka dengan melanggar UM dan cubaan menyerahkan memorandum serta tekanan agar tindakan ke atas UM8 dibatalkan. Sekalipun sedar bahawa setiap IPTA mempunyai autonomi mereka sendiri dan pihak berkuasa sendiri tidak dapat campurtangan, tetapi pemimpin Pakatan Rakyat tidak peduli itu semua kerana mereka sudah menyediakan jawapan khusus iaitu, SEMUANYA SALAH UMNO.

Keengganan pihak pentadbiran UM yang diketahui ramai daripada mereka menyokong Pakatan Rakyat menerima memorandum tersebut, pasti akan digunakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat itu untuk menyalahkan UMNO. Pengurusan dan pentadbiran UM pro-Pakatan yang tidak mahu menerima memorandum tersebut, akan dikatakan telah ditekan oleh UMNO dan para pelajar Melayu-Bumiputera yang tidak cerdik itu pun segera menyalahkan UMNO-BN tanpa mereka dapat menghubungkan sel-sel otak mereka mencari helah dan perdaya sebenar Pakatan Rakyat yang menyokong kemunduran akademik mereka!!!


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana