Saya tetap Penasihat Ekonomi Selangor, kata Anwar...Angkuhnya Bercakap...

SHAH ALAM: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak gesaan untuk berundur sebagai Penasihat Ekonomi Selangor setelah Sultan Selangor melucutkan anugerah kehormat 'Datuk Seri' yang diberikan pada 1992.

Dalam satu kenyataan, Anwar berkata beliau tidak meminta diberikan anugerah itu yang dikurniakan  Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

"Saya mengambil maklum, berdasarkan kenyataan media Datuk Mohamad Munir Bani, setiausaha sulit kepada DYMM Sultan Selangor, bahawa Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) telah ditarik balik berkuatkuasa 3 November 2014.

“Darjah Kebesaran S.S.S.A. ini telah dikurniakan kepada saya pada tahun 1992 oleh Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tanpa saya membuat sebarang permintaan atau permohonan,"  katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Anwar berkata beliau tetap akan menjalankan tugas-tugasnya  sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

"Saya akan tetap menjalankan tugas-tugas saya, Pada masa yang sama, saya akan terus bertugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor demi menjaga kepentingan negeri Selangor dan rakyatnya," katanya.

Ketua Pembangkang Datuk Shamsuddin Lias sebelum ini menggesa Anwar berundur daripada jawatan Penasihat Ekonomi kerana jelas tidak lagi mempunyai kepercayaan Tuanku Sultan.

Beliau berkata walaupun jawatan itu tidak terikat dengan gelaran Datuk Seri, namun Anwar harus mengambil pendirian berprinsip setelah bertindak mempertikaikan kewibawaan Istana Selangor.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 3 November lalu perkenan menarik balik gelaran 'Datuk Seri' daripada Anwar Ibrahim kerana tindakannya yang kerap mempersoalkan integriti dan institusi di-Raja Selangor berhubung kemelut Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Antara lain Anwar  mempersoalkan kewajaran Sultan Sharafuddin memohon lebih daripada dua nama untuk jawatan itu bagi membolehkan baginda memilih calon terbaik menjadi menteri besar baru.

Anwar dan DAP sebaliknya bertegas untuk hanya menamakan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu walaupun tidak di persetujui oleh PAS.

 Penarikan balik anugerah 'Datuk Seri' berkuatkuasa 3 November dan diwartakan pada 20 November lalu, menurut kenyataan daripada  Istana Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana