Ridhuan Tee : 'Ada Saya Kisah Tidak ke Sarawak'

Pada 25.12.14, saya terbaca dalam laman web ultra kiasu mengenai kenyataan ADUN PKR Batu Lintang Sarawak, membuat bantahan terhadap kemasukan saya ke Sarawak untuk berceramah di Masjid Daerah Sematan, selepas maghrib, pada 26.12.14.

Beliau telah sedaya upaya melaku segala cara, seperti menghantar SMS kepada pihak berkuasa Sarawak agar menghalang kemasukan saya ke Sarawak.

Selepas membaca berita tersebut, saya telah menghubungi pihak penganjur, pada jam 5.00 petang, agar membatalkan sahaja jemputan ceramah yang telah dibuat sebulan yang lalu.

Pihak penganjur, yang juga telah menerima bantahan tersebut menjawab, ceramah akan tetap diteruskan dan meminta saya datang seperti yang dijadualkan. Pejabat Ketua Menteri turut memberi lampu hijau. Ketua Polis Negeri turut menyediakan escort untuk saya ke sana.

Mereka tidak akan tunduk kepada PKR. Suara PKR bukan suara rakyat Sarawak. Tiba-tiba, pada jam 8.45 malam, pihak penganjur menelefon, memberitahu ceramah terpaksa dibatalkan atas alasan PKR akan mengadakan protes di Lapangan Terbang Kucing pada hari saya sampai.

Saya pun membatalkan niat saya untuk ke Sarawak.

Peliknya, semua laman web ultra kiasu melaporkan saya ditahan imigresen di Lapangan Terbang Kucing. Pihak imigresen di sana turut mengiyakannya.

Sejak bila pula saya sampai ke sana? Malang sungguh pegawai imigresen tersebut. Inilah jahatnya ultra kiasu dalam memutarbelit dan mensensasikan berita.

Persoalan saya, kenapa kerajaan negeri tiba-tiba tunduk kepada PKR dan ultra kiasu? Kenapa imigresen mengeluarkan kenyataan palsu?

Sejak bila PKR mewakili suara rakyat Sarawak? Peliknya, kenapa kerajaan negeri boleh terpengaruh dengan tuduhan ultra kiasu itu?

Saya tidak rugi apa-apapun, termasuk mungkin selepas ini ke Sabah. Banyak tempat lain yang memerlukan saya.

Sedikitpun saya tidak terjejas jika tidak ke Sarawak. Kenapa PKR begitu gentar dengan saya? Jantanlah sikit. Membandingkan saya dengan pemimpin PKR Semenanjung yang tidak dibenarkan masuk ke Sarawak, adalah dangkal sama sekali. Mereka ahli politik yang licik, saya ahli akademik dan pendakwah.

Apa yang saya cakap dan tulis berasaskan sandaran.

Kebanyakan tuduhan ADUN tersebut, adalah berita yang telah dimanipulasikan ultra kiasu. Izinkan saya menjawab tuduhan beliau.

Pertama, beliau berkata saya pernah disiasat oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) atas tuduhan mengajar ‘ethnic cleansing’ kepada pelajar. Sejak bila pula MINDEF menjalankan siasatan terhadap saya?

Setakat ini tidak ada seorangpun yang datang menyiasat tentang Pembejaran dan Pengajaran (P&P) saya. Tuduhan ini sengaja direka oleh ultra kiasu dan musuh-musuh saya semasa di UPNM.

Kalau nak tahu sama ada benar atau tidak, saya  mengajar ‘ethnic cleansing’, tanya pelajar saya, bukan orang lain. Saya cabar sesiapapun boleh lakukan siasatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana