RCI : Tanya Anwar Apa yang Berlaku di Sabah?

KOTA KINABALU - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan meminta pihak pembangkang supaya berhenti mempolitikkan laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) berhubung isu pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sabah.

Katanya pembangkang, termasuk ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diberi peluang untuk mengemukakan bukti berhubung isu berkenaan semasa dipanggil memberi keterangan ketika prosiding RCI namun nampaknya beliau tidak memanfaatkan ruang berkenaan sebaik-baiknya.

"Sebab itu, saya minta parti pembangkang, sebelum komen mengenai perkara ini, pergilah tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang apa yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas memberi ucaptama pada Perhimpunan Bulanan Jabatan dan Agensi Persekutuan Sabah di sini hari ini.

Mengenai penyelesaian isu Pati di Sabah meskipun laporan RCI sudah dikeluarkan, Abdul Rahman  yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata,  semua pihak mesti memahami  masalah berkenaan secara  mendalam termasuk latar belakang sosio-ekonomi Sabah yang berjiran dengan Filipina dan Indonesia serta sejarahnya.

Selain kedudukan Sabah yang begitu hampir dengan negara jiran, kedatangan Pati ke negeri itu juga antara lain disebabkan pertalian persaudaraan atau kekeluargaan masih wujud antara rakyat Sabah dengan rakyat negara jiran berkenaan.

Justeru Abdul Rahman berpandangan bahawa penyelesaian jangka panjang kepada isu Pati di Sabah boleh dilakukan sekiranya suasana politik selatan Filipina dalam keadaan stabil dan pelaksanaan dasar memakmurkan negara jiran.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana