Rakyat Malaysia Ditawan?? Tiada Pengesahan Dari Polis Australia

Polis Australia tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat rakyat Malaysia dalam kalangan mereka dijadikan tebusan oleh lelaki bersenjata di sebuah kafe di pusat bandar Sydney pagi ini.
Jurucakap Pasukan Polis New South Wales (NSW) berkata polis masih belum mengenal pasti identiti tebusan yang terdiri daripada staf dan pengunjung Lindt Chocolate Kafe.

“Kami tidak dapat menentukan kewarganegaraan tebusan berkenaan pada ketika ini.

Operasi sedang dijalankan dan saya menggesa orang ramai bertenang,” katanya kepada Bernama menerusi telefon hari ini.

Laporan berita antarabangsa menyatakan seorang militan bersenjata telah menjadikan kira-kira 40 hingga 50 orang sebagai tebusan dalam kafe yang terletak di Martin Place itu.

Reuters melaporkan insiden tebusan bermula pada 9.44 pagi apabila seorang wanita di luar kafe itu melihat seorang lelaki membawa sebuah beg sukan yang kelihatan mengandungi sepucuk senjata api.

Wanita itu memaklumkan kepada polis yang cuba mendekati lelaki itu, yang ketika itu sudah masuk ke dalam kafe itu.

Sementara itu, laman web Pasukan Polis NSW menyatakan operasi polis sedang dijalankan, dan menurutnya polis dan perkhidmatan kecemasan telah memberikan respons dan beberapa jalan di sekitar kawasan itu telah ditutup, termasuk stesen kereta api Martin Place.

Polis menggesa media agar bersikap bertanggungjawab dalam laporan mereka.

“Spekulasi (laporan spekulasi) boleh mencetuskan kebimbangan tidak sepatutnya. Kami akan berusaha memberikan perkembangan terkini kepada anda dan polis akan mengeluarkan lebih banyak maklumat apabila telah disahkan,” menurut laman web itu.

– Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana