Rafizi Tunggu Najib Dan Rosmah Di Mahkamah...Ini Kaki Putar ALam

Mana mahu lari RAFIZI...jangan nak tunjuk hebatlah..

KUALA LUMPUR 9 Dis - Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mempertahankan kenyataan fitnahnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan isu subsidi minyak dan bersedia untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Rafizi yang telah menerima surat tuntutan daripada Najib dan isternya Datin Seri Rosmah Mansor berkata, surat tersebut telah dijawab oleh peguamnya N Surendran.

“Saya tegas menyatakan ucapan yang saya buat itu berkepentingan awam kerana ia bersabit dasar negara.

“Saya yakin kritikan saya di atas tindakan Najib menghapuskan subsidi pada ketika pembaziran terus berlaku adalah betul dan akan mempertahankan ucapan itu di dalam mahkamah kelak.

“Saya kini menunggu writ saman Najib dan Rosmah untuk mengambil tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Firma guaman Daim & Gamany dalam jawapan bagi pihak Rafizi mengakui anak guamnya membuat kenyataan itu tetapi bukan fitnah kepada Najib dan Rosmah.

Surat itu menyatakan kenyataan Rafizi itu tidak membawa maksud tersembunyi atau sindiran seperti yang didakwa.

“Anak guam kami bertegas kenyataan itu wajar dan adil,” menurut kenyataan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana