Polis Siasat Majlis Makan Malam Parti Komunis Malaya di P.Pinang...Tiada Sensitif Langsung.

GEORGE TOWN, 2 Dis - Polis Pulau Pinang menerima 24 laporan berhubung majlis makan malam perajurit Parti Komunis Malaya (PKM) di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng, Perai dekat sini Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa individu yang terlibat dalam penganjuran majlis itu.

Beliau berkata laporan itu dibuat bagi menyatakan kebimbangan orang ramai berhubung kain rentang pemberitahuan majlis berkenaan yang meletakkan gambar pemimpin parti PKM, Chin Peng.
"Perbuatan ini boleh mengelirukan rakyat dan kemungkinan besar menyebabkan ketakutan atau kegusaran kepada orang awam dan kemungkinan mendorong melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

"Penganjur dan mereka yang terlibat dalam penganjuran majlis ini akan dipanggil untuk dirakam percakapan dan membantu dalam siasatan," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mengenai individu yang akan dipanggil, Thaiveegan berkata pihaknya mempunyai nama individu yang terlibat, namun enggan mengulas lanjut.

"Kita akan menghubungi mereka secara terus...ramai juga yang terlibat, jadi kita kena siasat," katanya.

Kira-kira 800 orang dipercayai keluarga dan bekas anggota PKM dari Malaysia dan Thailand menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia itu pada 29 Nov lepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana