PKR biarkan Latheefa Koya fitnah PAS?

Siapakah yang merancang untuk mengalihkan pandangan umum daripada isu 1Malaysia Development atau 1MDB yang didakwa satu skandal kewangan raksasa dengan menyemarakkan isu PAS mahu laksana hudud di Kelantan?

Jika benar hudud digunakan untuk memendamkan isu 1MDB, adakah ini bermakna PAS turut bersekongkol dan membantu kerajaan Umno-BN untuk mengelak isu 1MDB itu menjadi tumpuan rakyat?

Ahli Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya menimbulkan persoalan itu dalam satu kenyataan merujuk kepada perancangan kerajaan Kelantan PAS yang dilihatnya terburu-buru memanggil sidang Dewan Undangan Negeri itu 29 Disember ini berhubung program pelaksanaan hududnya.

“Secara tiba-tiba sahaja tindakan ini diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam satu sidang media Ahad lalu.

“Adalah aneh pengumuman itu dibuat di saat-saat Umno dan Barisan Nasional menghadapi tekanan besar berhubung skandal 1MDB itu.

“Mengapa tindakan ini dibuat secara mendadak? Apakah yang terlalu mendesak hingga satu persidangan khas Dewan dipanggil untuk mengurus isu (hudud) ini?”, soalnya.

Latheefa melontarkan kemungkinan bahawa isu hudud ini dibangkitkan sebagai satu agenda mengalihkan pandangan rakyat dari isu 1MDB itu.

Presiden PAS diseru jelaskan 'kebetulan'

Sehubungan itu beliau menyeru Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi tampil memberi penjelasan bagaimana “kebetulan” ini terjadi.

"Kerajaan negeri Kelantan seharusnya menumpukan perhatian kepada usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa oleh kerajaan BN daripada terburu-buru mahu melaksanakan hudud di Kelantan,” kata Latheefa.

Beliau berkata, PAS seharusnya tahu mengatur keutamaan tindakannya, lebih-lebih lagi ketika meningkatnya masalah ekonomi yang menjejaskan rakyat.

Latheefa percaya bahawa ketegaran PAS mahu meneruskan sidang DUN itu akan memburukkan lagi konflik sia-sia dan salah faham berhubung isu hudud.

“Keadaan ini juga akan melebarkan jurang salahfaham mengenai konsep keadilan dalam Islam yang akan menambah fitnah terhadap imej Islam,” katanya.

Persoalannya ialah, jika benar demikian, manfaat apakah yang PAS dapat sekiranya ia benar-benar telah membantu “menyelamatkan” Umno daripada kemelut 1MDB ini?

Adakah ini pegangan rasmi PKR terhadap PAS?

Di samping itu, adakah komen Latheefa ini bersifat pandangan peribadinya sahaja dan tidak mewakili pandangan partinya, PKR?

Justeru timbul persoalan, apakah sebenarnya pendirian PKR dalam kenyataan menyindir dan berkemungkinan besar mencederakan wibawa PAS yang dibuat oleh Latheefa?

Jika PKR bersetuju dengan kenyataan Latheefa itu mengapa kenyataan itu tidak dikeluarkan oleh Ketua Penerangan barunya, Syed Ibrahim Syed Noh sebagai menandakan ia adalah pendirian rasmi PKR?

Sebaliknya, jika PKR tidak merestui kenyataan Latheefa itu kerana sudah tentu ia akan meruncingkan lagi hubungan PKR-PAS, apakah tindakan wajar diambil ke atas ahli Majlis Pimpinan Pusatnya itu?

Tidak mungkinkah kenyataan seperti yang dibuat Latheefa ini dianggap sebagai satu fitnah terhadap PAS?

Atau, adakah ini satu cara untuk menghukum dan mencalar imej PAS kerana “ingkar” kepada perkara-perkara kerjasama dalam Pakatan dengan berkeras untuk melaksanakan hudud walaupun tidak digemari DAP dan rakyat bukan Islam?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana