Pesawat AirAsia Dari Surabaya Ke Singapura Gagal Dihubungi

SEBUAH portal berita Indonesia, Kompas.com melaporkan sebuah pesawat AisAsia yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura gagal dihubungi pada pagi Ahad.

Dalam laporan yang diterbitkan pada 9.57 pagi itu, Kompas mendakwa pihak berkuasa Indonesia sedang berusaha menghubungi penerbangan QZ 8501 yang berlepas pada pukul 5.20 pagi dari Surabaya dan sepatutnya tiba di Singapura pada 7.30 pagi Ahad.

Sementara itu, portal berita detik.com pula melaporkan pesawat yang hilang membawa 130 penumpang dewasa, 24 kanak-kanak dan seorang bayi.

Jelasnya, pihak berkuasa Indonesia masih menunggu laporan penuh mengenai dakwaan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana