Perundangan syariah negara bermasalah, kata SIS...Jangan Bersikap Kurang Ajar SIS?

PETALING JAYA: Badan bukan kerajaan (NGO) seperti Sisters In Islam (SIS) sering menjadi tumpuan dan diserang kerana mengkritik dasar dan pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia demikian kata Penolong Pengurus Advokasi, Undang-Undang dan Pendidikan Awam Afiq Mohammad Noor.

Katanya, pegangan dan perjuangan pertubuhan seperti SIS yang didokong oleh wanita profesional itu sering disalah tafsir oleh pihak tertentu terutama golongan agama.

SIS mengkritik undang-undang berkaitan agama yang tidak flesibel dan yang tidak sesuai dengan peredaran masa dengan menggunakan al-Quran sebagai rujukan, tambah beliau.

Jawatankuasas Fatwa negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor baru-baru ini mengeluarkan fatwa mengharamkan SIS itu dengan dakwaan pertubuhan itu mempromosikan 'liberalisme' dan 'pluralisme' serta mengelirukan masyarakat muslim.

"Masalah dengan perundangan kita adalah kerana kita telah bukukan undang-undang kita. Undang-undang syariah yang kita ada tidak bersifat boleh ditafsirkan dari pelbagai bentuk kerana kita telah sekat.

"Di zaman Rasulullah undang-undang tidak pernah dibukukan. Jadi tafsiran boleh jadi pelbagai. Di zaman kita tidak. Kita terikat dengan hanya pentafsiran satu sahaja," katanya kepada Antarapos ketika ditemubual eksklusif.

Afiq berkata, tafisran agama tentang sesuatu konsep tertentu, khususnya kedudukan wanita, tidak dapat diterima (secara) terbuka oleh pakar agama yang pada SIS berfikiran sempit semata-mata.

Katanya, Islam sebaliknya sentiasa sesuai mengikut masa yang berlalu dan untuk penganutnya di muka bumi ini.

"Saya kira sebenarnya golongan autoriti agama di Malaysia terutamanya terlalu terkongkong dengan satu tafsiran Islam yang dia faham. Jadi apa-apa sahaja yang bertentangan dengan pendapat dia, lebih senang untuk mengeluarkan hukum sesat.

"Islam ini adalah agama yang sesuai sepanjang zaman. Kita tidak boleh sempitkan fikiran kita dengan tafsiran agama 1400 tahun yang dulu yang sekarang ini tidak relevan lagi untuk kita.

"Berubahnya hukum, tempat dan masa juga keadaan. Jadi kita tidak boleh static. Mungkin apabila kita berani berubah atau kita tidak terikat dengan pandangan main stream, itulah sebabnya kita dilabel sesat.

"Sedangkan Islam ini adalah satu agama yang boleh saya katakan mengikiti arus masa," tambahnya.

Pada masa sama, Afiq berpendapat, tindakan membawa isu pengharaman SIS ke mahkamah untuk disemak semula adalah wajar kerana NGO itu tidak diberikan hak bersuara dan mempertahankan diri.

Justeru, katanya dalam Perkara 4, jika mana-mana undang-undang kecil termasuk enakmen syariah yang jelas terbukti bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, ia akan terbatal dengan sendirinya, dan faktor inilah menguatkan lagi pendirian SIS untuk terus membawanya ke muka pengadilan.

Katanya, ia bukan sekali-kali bertujuan mempertikai keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama-sama majlis agama yang terbabit.

"Pertama yang perlu kita faham adalah Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dan mana-mana undang-undang, baik akta dan enakmen syariah undang-undang kecil dan fatwa yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal.

"Jadi, persoalan kita adakah tindakan Majlis Fatwa Selangor yang mengeluarkan fatwa tanpa memanggil dan berbincang dengan kita adakah Islamik dan menurut perlembagaan.

"Perlembagaan membenarkan kita sekiranya kita tidak berpuas hati untuk membuat semakan kehakiman di mana-mana mahkamah jika tidak berpuas hati," tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana