Perhimpunan Haram: Dua Pelajar UM Digantung Pengajian

PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) didakwa telah menggantung dan mengenakan denda terhadap dua daripada lapan pelajarnya yang dikenali sebagai UM8 kerana menganjurkan perhimpunan haram yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa kebenaran pihak universiti.

Dalam posting terbaharu, di akaun Facebook milik bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Pelajar Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol mendakwa dia telah digantung selama dua semester dan didenda sebanyak RM600, sementara Presiden Pro-Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin pula digantung selama satu semester dan didenda.

Menurut Fahmi, empat lagi pelajar turut diberi surat amaran dan didenda RM150, manakala dua lagi pelajar, Khairol Najib dan Abraham Au, masing-masing dibebaskan kerana didapati tidak bersalah, namun diberi amaran.

Beliau berkata, sesi pendengaran kes berkenaan berjalan selama 12 jam dengan seorang pelajar pada setiap sesi dan keputusannya juga diumumkan kepada pelajar berkenaan secara individu.

Fahmi berkata, penggantungan ke atasnya berkuat kuasa serta merta.

Bagaimanapun, beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib universiti itu.

Pada 27 Oktober lepas, sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa dan mahasiswi telah merempuh pagar UM bagi menghadiri acara pidato bersama pemimpin pembangkang itu.

Pihak pengurusan universiti telah mengharamkan acara pidato berkenaan, serta mengunci dua pintu masuk utama serta menempatkan pasukan keselamatan untuk mengawal pintu masuk universiti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana