Pergolakan PAS - DAP tidak akan ada noktah, kata ahli akademik...Tinggal Jer Lahh

Ibarat retak menanti belah. Gabungan parti pakatan PAS-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP terus bergolak meskipun telah menjalinkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi sejak 2008.
Menjanjikan kepada rakyat kononnya gabungan Pakatan Rakyat adalah parti alternatif kepada Barisan Nasional (BN), ternyata ia hanya 'indah khabar dari rupa' apabila perbezaan ideologi khususnya antara PAS dan DAP tidak mampu mengikat kedua-dua parti itu untuk bersetuju dengan perjuangan yang dibawa parti masing-masing.

Apakah ertinya tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang dilaksanakan PAS-PKR-DAP jika ia hanya terpakai dalam konteks pilihan raya semata-mata dan bukannya pada setiap masa?

Justeru, apakah layak untuk parti pakatan itu menawarkan kepada rakyat bahawa mereka adalah parti yang boleh menjadi harapan rakyat jika masalah dalaman masih ditayangkan untuk tatapan umum?

KERJASAMA POLITIK TIDAK TAMAT KONFLIK

Penganalisis politik juga melihat tahaluf siyasi yang dilaksanakan PAS-PKR-DAP hanya retorik politik yang semata-mata untuk meningkatkan sokongan pengundi kepada parti masing-masing, dan bukannya kepada gabungan pakatan sebagai satu parti.

Perjalanan sesuatu kerjasama politik tidak harus dilihat hanya untuk masa-masa tertentu sahaja bagi memenangi pilihan raya sebaliknya harus meliputi pelbagai aspek termasuklah corak pengurusan kerajaan negeri yang dikuasai mereka.

Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) melihat konsep kerjasama politik parti pakatan meliputi dua perkara iaitu pakatan pilihan raya serta dalam bentuk isu dan kepentingan bersama.

Beliau berkata pakatan dalam bentuk isu dan kepentingan bersama sering membawa masalah kerana kerjasama politik mereka tidak pernah menggugurkan dasar perjuangan parti masing-masing.

"Maka tidak hairanlah PAS masih mengekalkan perjuangan hukum hudud kerana perjuangan itu dibentuk lebih awal sebelum pakatan diwujudkan. Hudud adalah hak PAS.

"Ini bermakna kerjasama politik dan kompromi selama ini hanya melengahkan konflik tetapi tidak sama sekali menamatkan konflik antara mereka," katanya kepada Bernama.

DAP PERLU FAHAM PAS

Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata keadaan semasa yang berlaku memungkinkan sama ada PAS atau DAP keluar daripada parti pakatan, sekiranya pertelagahan gagal diselesaikan dengan baik.

Katanya DAP sepatutnya memahami apakah sebenarnya perjuangan PAS, iaitu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, sebelum bersetuju menerima PAS sebagai rakan dalam parti pakatan.

"Perkara ini sepatutnya tidak menjadi isu andainya DAP terlebih dahulu memahami perjuangan dan matlamat PAS. Sebagai satu pakatan, DAP patut memberi kerjasama kepada PAS. Hudud ini sebenarnya tidak memberi kesan kepada orang bukan Islam," katanya kepada Bernama.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana