'Penyangak' Tetak Kepala Pesara Guru

BATU PAHAT 18 Dis - Seorang pesara guru cedera di tangan dan kepala apabila ditetak seorang penyamun dalam kejadian di Kampung Parit Yaani Tengah di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa, Mohd Fadhil Sayuti, 73, pada mulanya cuba membantu isterinya, Zainab Tarmidi, 59, yang ternampak kelibat seorang lelaki bertopeng di belakang rumah mereka.

Menurut anak mangsa, Hajarul Aisyah Mohd Fadhil, 26, ibu bapanya tinggal berdua ketika kejadian dan penyamun terbabit sempat melarikan barang kemas ibunya sebelum melarikan diri.

"Sebaik ternampak lelaki terbabit, ibu menjerit dan bapa terus ke belakang rumah untuk melihat sebelum berlaku pergelutan dengan penyamun itu," katanya memetik laporan MyMetro hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana