Peniaga Petaling Street sewakan lesen diselar

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menyelar sikap pemilik lesen perniagaan di Petaling Street di sini, yang dikatakannya 'rakus' meraih pendapatan dengan menyewakan lesen perniagaan kepada warga asing.

Beliau berkata, dalam pemantauan yang dilakukannya sendiri ke Petaling Street baru-baru ini, ada peniaga yang menyewakan lesen sehingga mencecah RM8,000 hingga RM9,000 sebulan.

"Saya sedih ada juga anak muda Cina nak berniaga, tapi sewa terlalu tinggi, kerana mereka (pemilik lesen) suka sewakan kepada bangsa asing," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi-Tahunan Persatuan Telugu Malaysia Ke-40 di sini, hari ini.

Tengku Adnan berkata, peniaga di Petaling Street mempunyai 'Prosedur Operasi Standard (SOP)' mereka sendiri, ketika agensi penguatkuasa melakukan pemantauan.

"Apabila datang KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), semua barang 'branded' akan hilang daripada atas meja.

"Kalau datang pegawai Imigresen pekerja-pekerja ataupun peniaga yang tidak mempunyai kerakyatan akan lari di lorong-lorong tikus...hilang.

"Datang DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) pula dia akan pastikan tuan punya lesen itu akan duduk, bila saya lalu 40 minit tak ada tuan punya lesen, selepas 10 minit dia dah tahu saya ada, baru saya nampak muka," katanya.

Sehubungan itu beliau turut menegaskan tidak akan berkrompomi dengan mana-mana pegawai penguatkuasa yang terlibat dengan unsur rasuah, terutamanya dari aspek pemberian lesen perniagaan memandangkan isu tersebut dipandang serius oleh kerajaan. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana