PENGHARAMAN SISTER IN ISLAM TIADA KENA MENGENA DENGAN GENDER...

Pengharaman Sisters In Islam (SIS) sama sekali tiada kaitan dengan faktor gender, demikian menurut Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) Ismail Mina Ahmad.

Sebaliknya jelas beliau, pertubuhan yang membawa nama Islam atas perjuangan yang dibawanya sering mencetuskan kontroversi sekaligus berisiko tinggi merosakkan akidah umat Islam yang keliru dengan pendirian dan kenyataan yang dilontarkan.

Justeru tindakan mengharamkan pertubuhan itu adalah untuk mengelakkan rosaknya akidah umat Islam di negara ini.

"Mereka silap... dalam banyak pertubuhan dalam negara ini juga dipelopori wanita. Soalnya bukan soal gender lelaki atau perempuan, tetapi isunya adalah isu agama, kerana menggunakan atas nama Islam.

"Kalau mereka tidak menggunakan nama Islam saya fikir Majlis Fatwa atau Mais tidak mengambil apa-apa tindakan kepada mereka, tetapi kerana atas nama Islam itu yang menjadi fitnah kepada agama," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Dalam masa sama Ismail menegaskan jika isu gender yang dibangkitkan, Majlis Fatwa termasuk Majlis Agama Islam Selangor (Mais) juga akan mengharamkan mana-mana pertubuhan yang ditunjangi wanita di negeri itu, namun tidak berlaku sedemikian.

"Kalau isu gender MAIS misalnya boleh mengharamkan pertubuhan wanita yang lain juga," katanya ringkas.

Untuk rekod, baru-baru ini SIS diharamkan penubuhannya di Selangor oleh Jawatankuasa Fatwa negeri itu kerana didakwa mempromosikan liberalisme dan pluralisme yang bercanggah dengan Islam.

NGO ini didakwa mengelirukan masyarakat muslim khususnya dengan kenyataan lantang yang sering dikeluarkan bersabit hukum Islam termasuk keperluan berpoligami yang pernah diutarakan sebelum ini.

Perkembangan itu membawa kepada tindakan SIS memfailkan semakan mahkamah semula sebagai cara mempertahankan pertubuhannya.

SIS menamakan Mais, Jawatakuasa Fatwa Selangor dan kerajaan negeri sebagai responden.

Badan bukan kerajaan itu mendakwa tindakan ini hanya mahu menyekat tindakan mereka yang hanya mahu memperjuangkan kedudukan wanita khususnya dalam negara dari sudut Islam mengikut kesesuaian masa dan peredarannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana