Penggunaan kalimah Allah di Pulau Pinang boleh dipersoal - Mujahid...Memang Balaci lah Kau Ni

HAH ALAM: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dilihat seperti menyokong tindakan Lim Guan Eng berhubung jaminan Ketua Menteri Pulau Pinang itu  mengenai bukan Islam dibenar menggunakan kalimah Allah di negeri itu.

Walaupun beliau mengakui larangan berkenaan sudah termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004, tetapi ia boleh dipersoalkan kerana tidak dinyatakan secara jelas.

"Dari segi fatwa (mengenai) penggunaan beberapa kalimah itu antara lainnya termasuk dalam itu adalah kalimah Allah, yang itu jelas memang ada dalam enakmen.

"Cuma isu dia sekarang, persoalan adakah perkataan itu tidak boleh diguna oleh orang Islam ke atas orang Islam ataupun dia tidak boleh diguna atau boleh diguna sesama mereka (bukan Islam). Perkara itu yang akan jadi isu perdebatan," katanya kepada Antarapos hari ini.

Semalam Guan Eng memberi jaminan bukan Islam tidak dilarang untuk menggunakan perkataan ‘Allah’ di Pulau Pinang.

Katanya, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 yang melampirkan fatwa mengenai larangan berkenaan pada 2010 tidak membabitkan bukan Islam.

Tambah beliau lagi, penasihat undang-undang negeri sudah mengesahkan kepadanya enakmen berkenaan tidak tertakluk ke atas bukan Islam.

Namun, menurut Ahli Parlimen Parit Buntar ini, beliau tidak pasti jaminan Lim itu dibuat atas konteks apa.

"Saya pun tak tahu mungkin KM Pulau Pinang tu menyebut atas semangat bahawa kita tak boleh campur tangan urusan orang bukan Islam yang lain. Cuma isu kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang kita ketahui menjadi isu undang-undang.

Dalam fatwa di bawah Seksyen 48, enakmen bertarikh 7 Januari 2010, bekas mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad mengisytiharkan 40 perkataan, termasuk ‘Allah” yang hanya boleh digunakan oleh orang Islam dan Muslim sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana