Pembangkang asak gambar DS Najib main golf .....

PENYOKONG pembangkang yang terpukul dengan penyebaran gambar-gambar santai Anwar dan anak bininya menaiki basikal di luar negara ketika rakyat negara ini amnya dan rakyat Kajang khas sedang bergelumang dengan banjir, cuba menyeret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila menyebarkan gambar beliau sedang bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama di Hawai.

Azizah adalah ADUN Kajang. Kajang dinaiki air dua hari berturut-turut minggu lepas (Sabtu & Ahad) tapi jangan kata tubuhnya, bayang kipas Azizah pun tak nampak.
Hakikatnya, sebelum bertemu Obama di Hawai, Najib sudah terlebih dahulu melawat mangsa banjir di kawasan parlimennya di Pekan pada 20 Disember lepas.

Perdana Menteri melawat mangsa banjir di pusat pemindahan SMK Gudang Rasau, Kuantan sebelum berangkat ke US. YAB DS Najib Razak, turut meninjau kemudahan yang disediakan agar semuanya mencukupi untuk mangsa banjir. Pasukan penyelamat telah diarahkan untuk membantu mangsa banjir dengan kemampuan maksima seluruh negara sebelum beliau berangkat ke US untuk lawatan kerja.

Pendek kata, Najib dahulu rakyat dari kayu golf dan Obama yang dijadikan isu sangat oleh penyokong pembangkang tu.

Bukan Najib sahaja, Menteri-Menteri dan Ahli Parlimen BN yang lain turut berhempas pulas membantu rakyat di kawasan terjejas banjir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana