Pelik... PKR tak tahu ADUN dia umum letak jawatan

Ini kes hairan bin ajaib apabila Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dakwa tidak tahu ADUN parti itu di Inanam Sabah Dr Roland Chia hendak letak jawatan berikutan masalah kesihatan.

Kenyataan pendek Roland itu disiarkan di facebook rasminya pagi Rabu.

Persoalannya apakah ADUN ini tidak bincang dengan parti dia dulu sebelum umum di FB kata hendak letak jawatan?

Macam ada sesuatu yang tidak kena saja ni...

Menurut Rafizi, beliau dimaklumkan Roland berada di luar negara dan parti itu dalam proses menghubungi beliau untuk mendapat maklumat lanjut mengenai keadaan sebenar kesihatan beliau dan mengesahkan kenyataan pendek bersabit beliau di media sosial.

"Saya telah berhubung dengan pimpinan PKR Sabah dan pegawai-pegawai YB Dr Roland Chia dan mereka mengesahkan bahawa YB Dr Roland Chia memang ada masalah kesihatan, walaupun tidak dapat dipastikan statusnya.

"Sehingga saya dapat berhubung sendiri dengan YB Dr Roland Chia, saya tidak dapat mengesahkan sama ada keputusan meletakkan jawatan itu adalah muktamad atau mengesahkan apa-apa," katanya dalam satu kenyataan tadi.

Betul ke... itu persoalan yang berlegar dikalangana orang ramai berikutan kenyataan pendek ADUN PKR Inanam Sabah Roland Chia di facebook rasminya kata beliau hendak  meletak jawatan sebagai ADUN.

Ronald memberitahu alasannya meletak jawatan kerana menghadapi masalah kasihatan.

Dr Chia, yang merupakan seorang doktor gigi memenangi kerusi Inanam buat pertama kali pada PRU-13, 5 Mei tahun lepas dengan majoriti 3,202 dalam pertandingan tiga penjuru.

Beliau meraih 8,926 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Joseph Paulus Lantip dari Parti Bersatu Sabah mendapat 5,724 dan Eric Majimbun mewakili Parti Progresif Sabah menerima 5,003 undi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana