PELAJAR UM LANCAR PROTES DI PINTU PAGAR UNIVERSITI.....

Pelajar Universiti Malaya (UM) hari ini melancarkan kempen dengan berkhemah dan berhimpun di pintu pagar universiti itu sebagai tanda protes terhadap hukuman dikenakan ke atas rakan mereka semalam.

Jurucakap mereka, Wan Nur Syamimi Wan Sajiri berkata, langkah itu sebagai tanda solidariti terhadap kumpulan dikenali UM8 yang dibicarakan lembaga disiplin UM semalam, dan menuntut semua hukuman ke atas mereka digugurkan.

"Kita akan berkhemah dan bersolidariti di sini bermula hari ini sehingga pihak universiti menarik semula semua hukuman terhadap tujuh mahasiswa ini," katanya pada satu kenyataan media hari ini.

Semalam, UM memutuskan menggantung selama dua semester pengajian bekas presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) Fahmi Zainol, dan denda RM600 kerana menganjurkan program membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Oktober lalu.

Selain Fahmi, Pengerusi Pro Mahasiswa (Pro M) Safwan Shamsuddin juga digantung pengajian selama satu semester serta denda RM300.

Empat yang lain, Haw Yu Hong, Khairul Anwar, Adam Fistival Wilfrid dan Syamimi Munira Mohamed masing-masing dikenakan denda sebanyak RM150 serta amaran. Abraham Au digugurkan pertuduhan manakala Khairul Najib Hashim diberi amaran.

Keputusan itu diumumkan Prof Dr Zanariah Abdullah selepas satu prosiding tatatertib yang berlangsung hampir 12 jam semalam.

Syamimi berkata mahasiswa UM juga memutuskan memilih bendera Malaysia sebagai simbol kebangkitan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana