Pelacur Cuba Merasuah Pihak Polis Ditahan...Ingat Semua Polis Malaysia Suka Rasuah Ker?Padan Mukanya..

JOHOR BAHRU 4 Dis - Seorang wanita warganegara Indonesia yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran ditahan polis selepas cuba memberi rasuah RM100 kepada anggota yang mahu membuat pemeriksaan terhadapnya di Jalan Wong Ah Fook di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, wanita yang dikenali sebagai Susmi, 37, cuba menyerahkan sesuatu yang digumpal dalam genggaman tangannya selepas lima anggota polis memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa untuk membuat pemeriksaan terhadapnya.

Bagaimanapun, selepas dinasihatkan dan diberi tiga kali amaran oleh anggota terbabit, wanita itu masih berkeras menghulurkan wang kepada mereka.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, wanita itu ditahan kerana didapati menawarkan rasuah kepada anggota polis dan selepas diperiksa terdapat dua keping wang kertas RM50 yang digenggamnya itu.

Beliau berkata, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Sentral dan akan diserahkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor untuk tindakan selanjutnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana