Pasport dibatal: Alvin Tan maki menteri di Facebook

KUALA LUMPUR – Blogger seks, Alvin Tan yang kini berada di Amerika Syarikat melepaskan geram di Facebook dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan keputusan kerajaan membatalkan pasportnya.

“Jangan sekadar ugut, kamu #pus-sy, lakukan saja,” tulisnya sambil menyifatkan Zahid Hamidi sebagai ahli politik yang paling teruk dalam UMNO.

Akhbar sebelum ini melaporkan bahawa pasport Alvin akan dibatalkan berikutan tindakannya itu yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum. Alvin Tan sebelum ini secara terbuka menghina Islam dan mencaci Sultan Selangor.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, pembatalan pasport blogger lucah itu mungkin akan dilakukan esok mengikut peruntukan dalam Akta Imigresen.

Dalam masa yang sama, beliau mengingatkan semua rakyat Malaysia bahawa hak pemilikan pasport adalah hak milik negara, bukannya hak individu.

“Negara mempunyai kuasa untuk membatalkan dokumen perjalanan tersebut. Kita mungkin membuat tindakan itu secepat mungkin. Mungkin Isnin ini,” katanya.  - New Malaysian Post

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana