Pasport Alvin Dah Di Batalkan,Malaysia Harus Beri Tekanan Diplomatik Agar Alvin Di Bawa Pulang Dan Dihukum.

Blogger seks, Alvin Tan sekali lagi mengundang kemarahan rakyat di negara ini apabila telah memuat naik kenyataan yang menghina Sultan Selangor di dalam laman Facebooknya, semalam.
Kebiadaban Alvin yang mempertikai keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik Darjah Kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari ni Menteri Dalam Negeri mengumumkan pasport Alvin akan dibatalkan esok. Tahniah kepada pihak KDN yang mengambil tindakan batal pasport, namun adakah memadai dengan hanya membatalkan pasport .Pisau berharap agar pihak berkuasa ekstradisi pengecut ini untuk dihukum di Malaysia secepat mungkin.

Kita sedar Amerika memberi suaka kepada penghina umat Islam ini malah diberi keistimewaan yang luar biasa.Admin harap kerajaan dapat menggunakan kuasa hubungan diplomatik dan ambil tindakan tegas terhadap Amerika yang melindungi penghina raja.

Negara  dan Sultan sekarang ini dihina,Amerika melindungi penjenayah ..adakah kerajaan tiada kuasa langsung untuk dapat kerjasama pihak polis di Amerika? Adakah kerajaan tidak mampu beri tekanan diplomatik kepada Amerika?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana